Monday, November 9, 2009

Bagaimana mengawal banjir dari berlaku ?



Kadar taburan hujan yang tinggi di negara ini sedikit sebanyak memberi potensi banjir di beberapa kawasan. Walau bagaimanapun kejadian banjir boleh berlaku disebabkan banyak faktor antaranya ialah :-


1. Kekurangan kawasan tadahan air
2. Sistem saliran yang tidak sempurna
3. Pertambahan sedimen didasar sungai ini menyebabkan limpahan berlaku

sungai tidak mampu menampung kapasiti air dan sedimen dalam isipadu yang terbatas.


Kawalan banjir dapat dilaksanakan dengan baik melalui :-

1. Kaedah biologi – melalui pemuliharaan kawasan – kawasan tadahan hujan, misalnya kawasan kuari yang telah

dibuka perlu dipulihara kembali dengan tanaman tutup bumi yang sesuai. Selain itu pengekalan kawasan hutan

simpan kekal perlu dilaksanakan secara serius.
2. Meningkatkan keupayaan sistem saliran dikawasan perbandaran dan kampong.
3. Mengelakan sebarang pencemaran sisa pepejal ke dalam sungai ,

melalui pemasangan jaring di hulu dan hilir sungai bagi mengurangkan sedimen didasar sungai
4. Menjadikan sungai – sungai sebagai taman – taman angkat bagi sesetengah kawasan berpenduduk untuk

meningkatkan kecintaan orang ramai terhadap alam sekitar terutamanya dalam konteks penjagaan sungai.

Wednesday, November 4, 2009

Apa Yang Boleh dibuat dengan air basuhan (greywater)







Terdapat 3 sumber air sisa yang berpotensi mencemarkan kualiti air sungai. Iaitu air sisa industri (effluen), air sisa kumbahan (sewage) dan air sisa basuhan (sullage/greywater). Daripada ketiga – tiga air sisa ini air sisa basuhan mempunyai jumlah isipadu janaan yang tinggi setiap hari. Sejauh manakah rawatan dan kawalanya di jalankan di negara kita ?

Memandangkan air sisa basuhan yang dihasilkan setiap hari adalah tinggi oleh itu rawatan dan guna semula amat penting. Rawatan air basuhan boleh dilaksanakan secara berpusat atau secara persendirian. Air basuhan sebenarnya mempunyai potensi untuk digunakan sebagai tujuan pertanian.





Tuesday, November 3, 2009

Pencemaran Bunyi Lalu Lintas

















Jumlah kenderaan yang berada di jalan raya Malaysia semakin meningkat saban tahun. Sehingga kini dianggarkan nisbah kenderaan kepada bilangan penduduk Malaysia adalah sebanyak satu nisbah tiga (1:3). Iaitu lebih kurang sembilan juta kenderaan berada di atas jalan raya di seluruh negara pada setiap hari. Selain dari menyumbang terhadap pencemaran udara, kehadiran jumlah kenderaan yang banyak turut menghasilkan suatu bentuk pencemaran lain yang agak serius kepada rakyat iaitu pencemaran bunyi bising. Sekiranya jumlah kenderaan terus bertambah tahap bunyi bising akan terus meningkat dan ini bakal menimbulkan implikasi buruk terhadap rakyat. Persoalanya adakah kita telah bersedia menghadapi masalah ini ?

Pencemaran bunyi ditakrifkan sebagai pelepasan bunyi pada suatu tahap yang tidak diinginkan sehingga boleh mengganggu keselesaan hidup manusia dan alam sekitar. Walaubagaimanapun pencemaran bunyi kurang diambil perhatian dikalangan masyarakat. Ini mungkin kerana pencemaran bunyi tidak boleh dilihat impaknya dengan mata kasar berbanding dengan pencemaran air dan pencemaran udara. Hakikatnya, pencemaran bunyi mempunyai impak yang besar dan boleh memberi kesan terhadap kesihatan fizikal, psikologi dan sosial kepada rakyat
.
dapatkan selanjutnya di majalah kosmik keluaran November 2009

Biojisim dan Biokomposit daripada Sisa Padi


Pada masa dahulu sisa sekam dan jerami padi akan dilupuskan oleh para petani dengan cara pembakaran terbuka. Kaedah ini agak mencemarkan alam sekitar dan boleh menjejaskan kualiti udara.

Bagi mengatasi masalah ini beberapa alternatif dijalankan iaitu dengan melaksanakan kitar semula jerami padi untuk dijadikan sebagai baja kompos. Selain itu terdapat kegunaan lain sisa padi secara komersil dilaksanakan. Antaranya ialah penggunaanya sebagai tenaga biojisim dan biokomposit.

Sisa padi seperti jerami dan sekam mempunyai potensi yang tinggi untuk di komersilkan. Ada dua potensi penting sisa padi ini iaitu tenaga biojisim dan biokomposit dalam pembuatan perabot.

Tenaga biojism ditakrifkan sebagai tenaga yang dihasilkan daripada pereputan bahan – bahan organik seperti tumbuhan dan haiwan. Sekam dan jerami padi boleh dijadikan sebagai bahan api untuk memanaskan dandang pada loji janakuasa tenaga.

Manakala sekam padi pula mempunyai sifat – sifat yang baik untuk dijadikan bahan tambah dalam pembuatan komposit seperti papan partikel dan siling. Penggunaan sisa sampingan industri padi ini berupaya meningkatkan pendapatan ekonomi disamping menyelamatkan alam sekitar dari terus tercemar.

Sunday, November 1, 2009

Pelantar minyak bocor, terbakar



















Pelantar minyak bocor, terbakar

PELANTAR minyak yang terbakar di Laut Timor memburukkan pencemaran di perairan Indonesia dan Australia, semalam. SYDNEY: Pelantar minyak dikendalikan syarikat Thailand, PTTEP di Laut Timor yang kebocoran sejak 10 minggu lalu, terbakar semalam, memburukkan lagi pencemaran di kedua-dua perairan Indonesia dan Australia. Pelantar minyak West Atlas yang dikendalikan PTTEP Australasia, anak syarikat PTT Exploration and Production (PTTEP), mula bocor pada 21 Ogos dan usaha untuk menghentikan kebocoran itu gagal sebelum ini. "PTTEP akhirnya menghentikan kebocoran itu semalam, tetapi ketika ia cuba menampal lubang terbabit dengan lumpur, pelantar minyak West Atlas dan Montara terbakar," kata pegawai Australia.

Semua pekerja di pelantar terbabit selamat dan sudah dibawa keluar dari pelantar itu yang terletak lebih 200 km dari barat laut pesisir pantai Australia. "Operasi sekarang ditumpukan kepada mengurangkan kebakaran," kata Menteri Sumber Australia, Martin Ferguson. "Beberapa pakar utama dunia sedang berusaha menampal kebocoran dan menyelesaikan masalah ini," kata beliau dalam satu kenyataan semalam.

Pelantar minyak yang bocor itu dijangka beroperasi bulan ini. Telaga minyak Montara berkenaan adalah antara projek eksplorasi dan pengeluaran utama PTTEP yang terbabit dalam bidang sama dalam 40 projek di 14 negara Asia Barat, Afrika dan Asia. Kerajaan Australia kelmarin mengeluarkan laporan menyatakan spesis burung dan hidupan marin menghadapi

risiko berikutan pertumpahan minyak akibat kebocoran pelantar minyak terbabit. - Reuters