Saturday, January 31, 2009

Alternatif mesra alam bantu kurangkan beban impak ekonomi industri


Oleh : Abdul Rahman Mahmud

Pada ketika ini ramai dikalangan pengusaha industri di seluruh dunia sedang dihimpit dengan krisis ekonomi global yang agak memeritkan. Ini memberikan tekanan terhadap kos operasi yang melibatkan gaji pekerja, penggunaan tenaga serta kos berkaitan pengurusan alam sekitar didalam industri. Akibatnya ramai dikalangan pengusaha industri mengambil jalan pintas dengan memberhentikan pekerja serta menurunkan saiz pengeluaran.

Ada juga dikalangan pengusaha industri memohon untuk mengurangkan kadar pelaporan pemantauan alam sekitar bagi premis mereka sebagai langkah untuk mengurangkan beban ekonomi yang ditanggung. Sesetengah pengusaha industri membelanjakan hampir 20 hingga 30 peratus daripada kos keseluruhan operasi kepada aspek pengurusan alam sekitar .

Kos pengurusan alam sekitar yang terlibat dalam industri adalah berkaitan dengan rawatan dan pengendalian sisa bahan cemar. Sisa yang biasa di keluarkan oleh industri adalah asap hitam daripada cerobong, air sisa buangan industri dan juga bahan buangan terjadual. Kesemua bahan sisa cemar ini perlu diurus dan dirawat dengan baik agar ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada manusia dan alam sekitar.

Selain itu, ada sesetengah industri yang disyaratkan untuk menghantar laporan pemantauan alam sekitar secara berkala kepada agensi dan jabatan yang berkaitan dengan alam sekitar. Antara laporan yang dihantar adalah seperti laporan pemantauan pelepasan asap dari cerobong dan laporan pematuhan had pelepasan air sisa buangan industri. Kesemua aktiviti ini memerlukan kos yang agak mahal. Namun, ianya sudah menjadi tanggungjawab pengusaha industri untuk menjalankanya walaupun terpaksa berhadapan dengan masalah ekonomi.

Seandainya kesuraman ekonomi ini berterusan sudah pasti banyak pengusaha industri yang terpaksa gulung tikar dan kehilangan mata pencarian yang amat bernilai. Di samping itu juga kadar penggangguran dijangka akan terus meningkat sehingga 200,000 orang sehingga akhir tahun ini sekiranya masalah ini terus berlarutan.

Dalam mencari penyelesaian terbaik pengusaha industri tidak seharusnya mengambil jalan mudah sehingga meminggirkan alternatif lain yang lebih baik untuk dilaksanakan. Mereka seharusnya melihat alternatif lain yang boleh menjamin survival mereka serta membantu negara dalam berhadapan dengan kesan ekonomi global.

Untuk mengatasi masalah ini alternatif mesra alam melalui pendekatan ”Pengeluaran Bersih” (Cleaner Production (CP)) dilihat dapat memberi kelegaan dikalangan pengusaha industri. Konsep Pengeluaran Bersih bersifat serampang dua mata iaitu ia mampu membantu mengurangkan impak pencemaran alam sekitar dan menjimatkan kewangan sekiranya dirancang dengan teliti. Pengusaha industri hanya perlu melakukan sedikit kajian dengan menerapkan beberapa strategi melalui pendekatan Pengeluaran Bersih.

Konsep pengeluaran bersih berbeza daripada amalan tradisi pengusaha industri yang lebih mementingkan aspek pengawalan pencemaran di hujung proses (end of pipe). Amalan tradisi pengusaha industri termasuklah dengan membelanjakan jutaan ringgit untuk membina loji rawatan air sisa dan alat kawalan pencemaran udara. Walaubagaimanapun ada dikalangan pengusaha industri yang tidak mampu mencapai prestasi kecekapan rawatan pencemaran pada tahap yang baik walaupun telah melaburkan wang yang tinggi untuk mengatasinya. Ini adalah sebahagian daripada masalah yang dihadapi oleh pengusaha industri. Walaubagaimanapun dengan pendekatan Pengeluaran Bersih ia dapat mengatasi masalah ini dengan baik.

Pendekatan Pengeluaran Bersih lebih menumpukan kepada ’sumber penyebab’ pencemaran dan bergerak ke arah menghapuskanya di peringkat awal. Ianya dilihat sebagai suatu anjakan paradigma baru dalam dunia kejuruteraan alam sekitar. Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNEP) mendefinasikan Pengeluaran Bersih (CP) sebagai suatu pendekatan mengintegrasikan strategi pencegahan pencemaran alam sekitar secara berterusan ke dalam operasi proses, penghasilan produk dan perkhidmatan yang dihasilkan. Ianya dapat memberi manfaat kepada kecekapan keseluruhan operasi industri dan mengurangkan kesan risiko terhadap manusia dan alam sekitar.


Terdapat lima strategi pencegahan pencemaran yang diterapkan melalui konsep ini. Strategi pertama, adalah dengan pengubahsuaian produk. Ianya meliputi perubahan terhadap sifat – sifat produk, seperti bentuk dan kandunganya yang direka mengambilkira kos yang lebih rendah dan mesra alam. Jangka hayat produk yang dihasilkan direka agar mempunyai jangka hayat yang panjang, mudah di perbaiki, mudah dilupuskan, boleh dikitar semula dan mempunyai potensi pencemaran yang rendah. Melalui strategi ini kos pengeluaran akan lebih rendah dan dapat menghasilkan produk yang bersifat mesra alam yang boleh dikitar semula.


Strategi kedua, pula merujuk kepada pengubahan input bahan mentah. Kandungan bahan mentah yang digunakan dipastikan bebas dari sebarang potensi pencemaran atau sekurang-kurangnya mempunyai kebolehan mencemar yang amat rendah. Ia juga dipilih berasaskan kos bahan mentah pada tahap yang minima. Sebagai contoh untuk menghasilkan produk A, kebiasaanya bahan X digunakan sebagai bahan mentah dengan harga yang tinggi. Namun penggunaan bahan X telah memberikan kesan sampingan seperti pertambahan jumlah sisa industri yang perlu di rawat dan dilupuskan dengan kos rawatan yang tinggi. Oleh itu alternatif baru untuk, menghasilkan produk A, dengan bahan mentah lain yang lebih murah dan kurang pencemaran perlu digunakan.


Strategi ketiga, memfokuskan terhadap pengubahsuaian rekabentuk proses. Ini melibatkan pengubahan aliran dan rekabentuk unit operasi proses yang terdapat di dalam sebuah industri. Rekabentuk aliran proses perlu diubah bagi mengurangkan atau melupuskan penghasilan sisa pencemaran dengan pengunaan tenaga yang rendah.
Sebagai conotohnya satu artikel dalam Majalah Jurutera keluaran Disember 2008, menyatakan teknologi pengkomposan didalam industri penghasilan minyak sawit dapat mengurangkan dan menghapuskan kos bagi rawatan air sisa. Ini berlaku dengan menukarkan keseluruhan bahan sisa sampingan industri sawit kepada baja kompos dengan beberapa pengubahsuaian aliran proses. Beberapa kilang sawit di Sabah didapati telah melaksanakan kaedah ini dengan jayanya.

Strategi keempat, merujuk kepada amalan penyeliaan terbaik. Hal ini melibatkan perubahan terhadap prosedur operasi dan pengurusan penyeliaan yang teliti. Ianya melibatkan peningkatan keupayaan kemahiran pekerja di semua peringkat. Dengan adanya pekerja mahir di dalam industri kos penyelenggaraan terhadap alat kawalan pencemaran dapat dikurangkan. Ini sekaligus mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar melalui program pemantauan berterusan prestasi (performance monitoring) alam sekitar yang dijalankan oleh pekerja mahir.

Strategi kelima, merujuk kepada usaha kitar semula bahan sisa yang dihasilkan di dalam operasi industri. Ini boleh dijayakan dengan penggunaan semula sisa sebagai bahan mentah semula, penjanaan tenaga, pemerolehan semula (recovery) dan juga menggunakanya untuk tujuan produk lain. Sebagai contohnya sisa industri padi boleh digunakan sebagai bahan mentah untuk penghasilan baja kompos. Ini dapat menyelesaikan masalah pencemaran alam sekitar melalui kaedah pembakaran terbuka yang selalu diamalkan. Selain itu pemasangan sistem kitar semula air sisa terpakai dapat membantu mengurangkan penggunaan air di dalam industri makanan dan menjimatkan kos pengeluaran.

Dalam konteks global banyak industri telah mula mengamalkan konsep Pengeluaran Bersih dan berjaya mengurangkan kos operasi mereka. Antara industri yang telah berjaya menerapkan konsep ini adalah industri makanan, industri elektronik dan industri farmasi. Sebagai contohnya syarikat Castle Chemical di Sandgate Australia telah berjaya menerapkan konsep pengeluaran bersih dengan penjimatan penggunaan tenaga melalui penukaran aliran proses dan melaksanakan program kitar semula sisa sehingga menjana keuntungan tahunan yang amat bermakna. Negara maju seperti Australia, Jepun dan telah lama melaksanakan program ini. Pengeluaran Bersih bukan sahaja mampu mengurangkan kos operasi malahan dapat membantu melestarikan industri.

Dalam konteks Malaysia potensi untuk menerapkan konsep Pengeluaran Bersih amat besar. Industri berasaskan pertanian seperti kelapa sawit, getah dan makanan di lihat mempunyai prospek yang cerah untuk melaksanakan program ini. Apa yang perlu pengusaha industri perlu terus melihat jauh kehadapan dengan melihat dan mengambil pengajaran kejayaan beberapa industri di dunia dalam menerapkan konsep ini.

Friday, January 30, 2009

Kesan Perubahan Cuaca Terhadap terumbu Karang




Kawasan terumbu karang di Malaysia mengunjur dari “Segitiga Terumbu Karang” yang bersambung daripada Indonesia, Filipina dan Papua New Guninea - Australia. Kebanyakanya terdapat terumbu karang dikawasan cetek di pesisir pulau Malaysia; walaupun begitu terdapat juga kelompok terumbu karang, karang atol dan jurang terumbu wujud dalam skala yang kecil. Pertubuhan Alam Sekitar Bangsa Bersatu (UNEP) Atlas Dunia Terumbu Karang telah menganggarkan size kawasan terumbu karang Malaysia adalah 3,600 km2 atau kira – kira 1.27 % keluasan terumbu karang sedunia.

Strategi pengurusan yang lebih telus telah diterapkan oleh Taman Marin Negara. Sehingga kini terdapat lebih kurang 42 taman pulau marin yang terletak di semenanjung Malaysia dan Labuan. Ini tidak termasuk taman marin di Sabah dan Sarawak. Setiap tahun, terdapat lebih kurang setengah juta pelancong direkodkan telah melawat ke taman mari di Malaysia.

Malangnya, merujuk kepada laporan terumbu karang Reef at Risk (2002), 85 % terumbu karang di Malaysia kini terancam dengan aktiviti manusia. Ini meliputi kesan terhadap pembangunan pinggir pantai dan ketidaklestarian amalan pelancong. Perubahan cuaca telah disenaraikan antara penyebab kepada degredasi terumbu karang. Walaubagaimanapun, maklumat dan penyelidikan yang terhad di dalam negara, menyebabkan impak terhadap terumbu karang yang tercetus dari perubahan iklim tidak dapat di analisa sepenuhnya.

Walaupun begitu, beberapa usaha telah dijalankan oleh penyelidik – penyelidik dari Pusat Kajian Ekosistem Marin UKM pada July 2008 di Pulau Renggis. Pulau Rengis amat terkenal sebagai destinasi penyelam yang pergi ke Pulau Tioman berdekatan dengan Mersing.

Survey yang telah dijalankan menunjukan pelunturan terumbu karang di sekitar Pulau Renggis . Pelunturan terumbu karang berlaku pada kedalaman 1 – 1.5 meter, walaupun terdapat petunjuk yang menandakan keluasaan kawasan yang telah mula menunjukan pelunturan terumbu karang. Secara umumnya perubahan cuaca bukan sahaja memberikan kesan terhadap pelunturan terumbu karang tetapi juga memberi kesan yang mat siginfikan terhadap ekosistem laut.

Thursday, January 29, 2009

Sisa makanan menjadi keutamaan bagi Ireland, EPA


Sisa makanan telah diberikan perhatian khusus sebagai keutamaan tertinggi di Ireland bagi memastikan negara tersebut tidak lari daripada sasaran Kesatuan Eropah bagi sisa pepejal perbandaran. Agensi Perlindungan Alam Sekitar Ireland yang dikeluarkan oleh Laporan Kebangsaan Sisa 2007, dimulakan dengan sisa makanan sebagai suatu keutamaan. Perkembangan lain sebagai indikator adalah melalui peningkatan keseluruhan secara umumnya penghasilan sisa sejak tahun 2006. Kadar kitarsemula kekal malar, dengan menunjukan “kemajuan yang baik” ia berkaitan dengan pembungkusan.


Laporan tersebut juga mengesa sokongan berterusan untuk inisiatif perlindungan sumber semulajadi seperti Program Pencegahan Sisa Kebangsaan.

Tindakan yang dikenalpasti mengikut keutamaan Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat adalah :
* Meletakan tempat khusus untuk perkhidmatan pengasingan kutipan sisa organik.

*Memastikan infrastruktur mencukupi disediakan untuk merawat jumlah sisa organi (khususnya sisa makanan) yang perlu dikutip secara pengasingan dan diubah daripada tapak pelupusan sampah.
* Membangunkan gerai – gerai untuk menjual barangan bagi rawatan sepertinya
* Membentuk perundangan/peraturan yang boleh digunakan bagi dikuatkuasa pengasingan dan pemisahan sisa makanan
*Menyampaikan dasar baru berkaitan dengan sisa, dengan mengambil pendekatan antarabangsa dalam pengurusan sisa, secepat mungkin bagi menyediakan peluang pelaburan yang diperlukan dalam bidang rawatan sisa dan mengelakan penggunaan cara pelupusan di tapak pelupusan sampah.

Mengambil pengajaran daripada pendirian Obama berkaitan pembangunan lestari, kata pengerusi EPA

Sumber: MRW - Materials Recycling Week Diterbitkan pada Jan. 29, 2009

Presiden Barack Obama telah diberikan penghargaan kerana meneruskan agenda utamanya berkaitan dengan dasar alam sekitar, disebalik menghadapi cabaran ekonomi. Pengerusi Agensi Alam Sekitar Lord Chris Smith menyatakan pengajaran boleh diambil daripada Presiden AS.

“Apa yang menguja saya mengenia Barak Obama adalah kekonsistenan beliau untuk mengembalikan tema alam sekitar dan pelestarian sebagai ramuan utama dalam dasar AS untuk menuju kehadapan.
Mengulas mengenai kesan ekonomi terhadap keadaan di UK akan mempangaruhi masyarakat dan keutamaan polisi : “ Kita tidak perlu meminggirkan agenda alam sekitar. Apabila kita menghadapi masalah ekonomi agenda perubahan iklim masih berterusan”.Agensi Alam Sekitar perlu bersedia menyatakan perkara yang benar kepada Kerajaan, beliau menyatakan sambil menambah “ saya tak kisah walau ia menjadikan saya tidak popular” .

Membincangkan mengenai perubahan fokus bagi Agensi Alam Sekitar, Smith menyatakan anjakan terhadap proses kerja akan dibuat dengan melihat kepada hasil daripada apa yang telah dilaksanakan selama ini.

Bangunkan Indeks Prestasi Alam Sekitar Malaysia





Kejadian tanah runtuh, sungai tercemar dan pembuangan sisa toksik secara haram merupakan sebahagian dari isu yang mewarnai alam sekitar Malaysia. Segelintir masyarakat membuat kesimpulan mudah dengan menyatakan bahawa prestasi alam sekitar negara pada tahap kurang memuaskan. Namun sehingga kini tiada sebarang pembuktian secara sistematik diguna bagi mengukur pencapaian alam sekitar negara secara menyeluruh. Jesteru, Indeks Prestasi Alam Sekitar Malaysia (IPASM) perlu diwujudkan bagi mengetahui sejauh mana pencapaian alam sekitar negara dalam konteks pembangunan lestari.

Indeks boleh difahami sebagai pendekatan sistematik yang memberi nilai bagi mewakili sesuatu tahap perbandingan dan pencapaian. Secara umumnya untuk mengukur pencapaian sesuatu bidang dengan menggunakan pendekatan indeks, bukanlah suatu yang baru bagi negara. Ia telah digunakan secara meluas contohnya dalam mengukur indeks inflasi, indeks keluaran dalam negara kasar, indeks pengangguran dan indeks kualiti hidup. Walaubagaimanapun pembangunan indeks bagi pencapaian alam sekitar agak rumit dan kompleks. Ini kerana ia perlu melibatkan banyak petunjuk atau indikator yang mempunyai hubungkait dengan alam sekitar.

Di peringkat global Institut Pembangunan Lestari Antarabangsa yang berpusat di Kanada melaporkan sehingga mac 2004 sebanyak 600 inisiatif diwujudkan oleh kerajaan, NGO dan institusi diseluruh dunia bagi membangunkan indikator untuk mengukur kelestarian pembangunan. Kini terdapat beberapa indeks yang berkaitan dengan alam sekitar diwujudkan dikebanyakan negara antaranya ialah Indeks Pencemaran Udara, Indeks Kualiti Air Sungai, Indeks Pembangunan Lestari (Environmental Sustainability Index), Indeks Kebolehterancaman Alam Sekitar (Environmental Vulnerability Index) dan Greendex. Walaubagaimanapun kewujudan indeks ini kelihatan terpisah - pisah dan tidak dapat menggambarkan secara keseluruhan kemajuan dan pencapaian alam sekitar sesebuah negara. Oleh itu usaha kearah membangunkan indeks prestasi alam sekitar dengan mengabungkan indikator - indikator penting berkaitan alam sekitar amat diperlukan.

Pembangunan indeks bagi menilai prestasi alam sekitar telah diusahakan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Yale (Pusat Kajian Polisi dan Undang - Undang Alam Sekitar) dan Universiti Columbia (Pusat Jaringan Maklumat Sains Bumi) dengan kerjasama Forum Ekonomi Sedunia dan Pusat Penyelidikan Bersama Suruhanjaya Eropah. Ia telah dimulakan seawal tahun 1999 sehingga 2005 dengan memperkenalkan Indeks Kelestarian Alam Sekitar (Environmental Sustainable Index (ESI)). Pada tahun 2002 para pengkaji telah melakukan anjakan perspektif baru untuk menampilkan indeks yang bersifat mesra pengguna dengan pendekatan indikator berorientasikan hasil iaitu melalui pengenalan Indeks Prestasi Alam Sekitar -IPAS (Environmental Performance Index (EPI)).

Ia merupakan satu kaedah penaksiran secara berangka bagi menandaaraskan prestasi berdasarkan polisi alam sekitar sesebuah negara. IPAS dibentuk sebagai membantu menilai pencapaian sasaran ke empat didalam Matlamat Pembangunan Milinium yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu iaitu bagi memastikan pembangunan alam sekitar secara lestari.

Kumpulan pengkaji ini telah mengeluarkan Laporan Indeks Prestasi Alam Sekitar pada tahun 2006 dan 2008. Ia melibatkan 149 buah negara termasuk Malaysia. Sebanyak 25 indikator telah digunakan yang merentasi enam polisi utama yang berkaitan dengan alam sekitar. Ianya termasuklah kesihatan alam sekitar, pencemaran udara, sumber air, biodiversiti dan habitat, sumber semulajadi produktif dan perubahan iklim. Pada tahun 2006 Malaysia menduduki tempat ke 9 dengan indeks mata 83.3 dan jatuh ke tangga ke 27 dengan peningkatan indeks mata 84.0 pada tahun 2008.

Bagi negara maju dan kaya pembangunan indeks bagi menilai prestasi pembangunan yang terdiri daripada indeks alam sekitar terangkum dalam ‘indeks komitmen pembangunan’ ianya telah dijalankan oleh Pusat Bagi Pembangunan Global (The Center for Global Development) yang berpusat di Washington. Kajian dibuat terhadap 21 negara maju di dunia. Indeks ini digunakan sebagai membantu negara maju menilai tahap prestasi pengurusan alam sekitar dan seterusnya menilai impaknya terhadap negara - negara membangun dan miskin. Laporan dari pusat itu bagi tahun 2008 menyenaraikan tiga buah negara teratas dalam indeks pencapaian alam sekitar iaitu Findland, Ireland dan Norway. Sumber maklumat dan data yang mencukupi berkaitan dengan alam sekitar di negara maju menyebabkan pembangunan indeks ini dapat dikembangkan dengan baik. Ia juga menunjukan keseriusan negara – negara maju untuk membangunkan negara mereka secara lestari. Hal ini seharusnya di contohi oleh negara – negara membangun termasuk Malaysia.

Bagi negara - negara membangun dan miskin masalah besar dalam usaha membangunkan indeks ini adalah disebabkan kekurangan data dan maklumat untuk dianalisa bagi mengukur prestasi alam sekitar. Ini disebabkan oleh masalah kewangan dan kekurangan infrastruktur serta kesedaran dalam melaksanakan program pemantauan alam sekitar. Hal ini menyebabkan data - data sukar diperolehi. Ini sekaligus memberikan masalah dalam usaha untuk memandu arah pembangunan di negara - negara membangun dan miskin kearah mencapai kelestarian.

Dalam konteks Malaysia, keperluan untuk mengadakan IPASM ini amat diharapkan. Walaupun terdapat indeks prestasi alam sekitar yang telah dibuat diperingkat global oleh Universiti Columbia dan Universiti Yale namun ia masih memerlukan penambahbaikan dengan mengambil kira faktor geografi, sosial, ekonomi dan potensi Malaysia dalam membangun secara lestari. Terdapat tiga potensi dan kelebihan yang perlu di manfaatkan oleh Malaysia untuk membangunkan indeks prestasi alam sekitarnya sendiri.

Pertama; kewujudan institusi pengajian yang mengadakan program penyelidikan mengenai alam sekitar. Terdapat lebih kurang 13 IPTA yang menawarkan program yang berkaitan dengan alam sekitar. Kumpulan penyelidik dan pensyarah yang terdapat di Universiti berkenaan boleh dimanfaatkan untuk melaksanakan program ini. Kebanyakan saintis di dalam negara telah diiktiraf diperingkat antarabangsa. Kajian dan pembangunan boleh dilaksanakan diantara universiti dan juga agensi kerajaan serta pertubuhan alam sekitar untuk membangunkan IPASM.

Kedua; kekuatan dari sumber data yang berkaitan dengan alam sekitar. Antara data - data yang boleh digunakan adalah seperti laporan kualiti alam sekeliling yang mengandungi fakta dan statistik mengenai kualiti air sungai dan laut, status kualiti udara, serta penjanaan bahan buangan toksik dan berbahaya. Selain itu juga terdapat laporan - laporan yang dikeluarkan setiap tahun oleh agensi kerajaan yang boleh digunakan sebagai asas membangunkan IPASM.

Ketiga; keseriusan kerajaan dalam melaksanakan program pemantauan alam sekitar secara berterusan. Ini memberi kelebihan bagi negara untuk menilai indeks prestasi alam sekitar setiap tahun. Sehingga kini terdapat beberapa agensi kerajaan yang mengadakan program berterusan bagi memantau segmen alam sekitar utama seperti udara, air, ekosistem hutan dan tanah tinggi. Pemantauan berterusan memberi maklumat dan data yang penting bagi mengesan sebarang perubahan yang berlaku terhadap petunjuk - petunjuk alam sekitar yang utama. Ini boleh memberi gambaran yang jelas mengenai status prestasi alam sekitar semasa.

Pembangunan IPASM di Malaysia sebenarnya dapat membantu memandu arah pembangunan negara ke arah kelestarian. Sekurang - kurangnya terdapat enam manfaat yang boleh diambil oleh pembuat keputusan dan perancang pembangunan dengan adanya pembangunan IPASM. Pertama; ia mampu mengenalpasti masalah semasa dan memberikan prioriti kepada isu alam sekitar yang perlu diberikan keutamaan. Ini memberikan kelebihan kepada pihak berkuasa untuk merancang dan menumpukan usaha bagi mengatasi isu dan masalah alam sekitar yang perlu diberikan perhatian berdasarkan skala permasalahanya.

Kedua; kewujudan IPASM dapat merekodkan tren kawalan pencemaran dan pengurusan sumber asli. Tren kawalan pencemaran dan pengurusan sumber asli mampu dikenalpasti melalui nilai indeks yang telah dibentuk. Dalam hal ini, faktor yang menyumbang kepada tren perubahan dapat dijangka dan dikawal terlebih awal. Langkah - langkah pemulihan dapat diatur bagi memastikan pembangunan lestari dapat dicapai dengan baik.

Ketiga; IPASM memberi maklumat tentang keberkesanan langkah yang telah diambil dan memberikan input bagi melaksanakan penambahbaikan. Keempat; ia menyediakan perbandingan data garis dasar dan indeks pencapaian merentasi pelbagai sektor. Pelbagai maklumat pembangunan dalam pelbagai sektor seperti kesihatan alam sekitar, kualiti udara dan air, biodiversiti, ekonomi dan populasi dapat dibandingkan pencapaianya.

Kelima; IPASM dapat menyediakan petunjuk aras kelestarian pembangunan, ini membolehkan negara menetapkan sasaran pencapaian IPASM ke arah mencapai matlamat pembangunan lestari dan menyelesaikan masalah alam sekitar berasaskan sektor indikator yang terlibat. Keenam; dengan wujudnya IPASM negara dapat membentuk satu model polisi pembangunan alam sekitar yang baik dan dapat dicontohi dikalangan negara - negara membangun.

Sejak dari Rancangan Malaysia Ke 7, negara telah meletakan sasaran yang tinggi untuk membangun secara lestari. Oleh itu amat wajarlah suatu indeks prestasi alam sekitar di wujudkan bagi mengukur pencapaian alam sekitar dan memberikan kefahaman masyarakat tentang status alam sekitar negara. Ia juga diharap dapat mengukuhkan persiapan negara bagi mencapai matlamat wawasan 2020 sebagai negara maju dalam tempoh 11 tahun dari sekarang.

Wednesday, January 28, 2009

Bergerak Ke Arah Ekonomi Rendah Karbon Melalui Penggunaan Lestari

Seandainya 27 juta rakyat Malaysia berjaya menukar cara kepenggunaan ke arah kelestarian sudah pasti ia dapat menyumbangkan kepada keharmonian alam sekitar negara. Penggunaan Lestari didefinisikan sebagai penggunaan perkhidmatan dan barangan yang berkaitan dengan keperluan asas yang membawa kepada suatu kualiti hidup yang lebih baik, dalam masa yang sama ia mampu mengurangkan penggunaan sumber – sumber semulajadi, bahan – bahan toksik, dan juga pelepasan sisa dan bahan cemar melalui kitar hayat dengan ini ia tidak menafikan keperluan untuk generasi akan datang.


Penggunaan Lestari menerima pengiktirafan antarabangsa di Sidang Kemuncak Rio (UNCED) pada tahun 1992. Pelan Bertindak Agenda 21 telah diketengahkan, dimana bab ke 4 menekankan ”Perubahan Corak Penggunaan”. Agenda 21 juga menerangkan penyebab utama berterusanya pencemaran alam sekitar adalah banyak disebabkan corak atau gaya kepenggunaan yang tidak lestari terutamanya di dalam industri. Pelan bertindak itu juga mencadangkan pelaksanaan polisi kebangsaan, meliputi penggunaan instrumen ekonomi seperti sistem cukai dan deposit/pembayaran semula semula yang boleh mempengaruhi tabiat penggunaan ke arah kelestarian.


Enam belas (16) tahun selepas konvensyen Rio, masih banyak yang tidak dilaksanakan oleh kita. Ini bukan bermakna kita perlu kembali ke zaman batu. Apa yang perlu kita lakukan ialah dengan melaksanakan perkara yang mudah dan dapat membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar oleh setiap individu.


Sebagai contohnya, WHO mencadangkan penggunaan air untuk setiap individu adalah 165 liter bagi setiap orang sehari dan kita sebenarnya menggunakan 300 hingga 350 liter seorang sehari. Tetapi jika kita mampu jimat 1.5 liter air sehari setiap seorang hanya untuk sehari, jumlahnya sama dengan keperluan air bagi setahun untuk Wilayah Persekutuan Labuan.


Bagaimanakah air amat berkait rapat dengan pelepasan aras karbon yang rendah ke udara ? Rawatan air sepenuhnya bergantung kepada tenaga elektrik dan kebanyakan tenaga elektrik dijanakan oleh bahan api fosil dan gas asli. Setiap kali penjanaan tenaga pembakaran bahan api fosil dan gas asli akan membebaskan gas karbon dioksida ke udara.

Ia memberi kefahaman kepada setiap dari kita untuk menyedari dan mengetahui dari manakah barangan atau perkhidmatan kita berasal. Penggunaan lestari banyak bergantung kepada Penghasilan Lestari. Ia membawa idea pengurusan cradle to cradle (dari buaian ke buaian). Apa maknanya ? Dengan mudah ia bermaksud kita perlu melihat kitar hayat produk dan perkhidmatan. Ia boleh memandu kepada banyak persoalan seperti :-

1. Bagaimana ia dihasilkan?
2. Berapa banyak impak yang boleh berlaku kepada alam sekitar dan pelepasan karbon ?
3. Adakah sebarang pengikitirafan atau pensijilan bagi sesuatu perkhidmatan dan produk?
4. Bagaimanakah kita mampu mendapatkanya?


Cuba kita lihat kaedah lama dalam pengeluaran produk atau barangan, pendekatan ‘cradle to grave’ (buaian hingga ke liang lahad) dimana diakhir kitar hayatnya pengguna membuang produk atau barangan terpakai. Pendekatan ini merupakan amalan yang tidak mesra alam dan menghasilkan pelepasan karbon yang tinggi.


Apabila kita memasukan elemen penggunaan lestari, pengguna mula menyedari tentang hakikat dan keperluan memilih barangan – barangan yang disijilkan sebagai Eco – Freindly (Mesra-Eko). Pendekatan ‘Cradle to Cradle’ (buaian ke buaian) sebenarnya amat memerlukan penglibatan semua pihak.

Aspek yang ditunjukan dalam rajah 2 adalah hampir serupa tetapi dengan sedikit tambahan ciri – ciri mesra alam yang ditambahkan kepadanya. Ia menjadikanya agak menarik dan pada masa yang sama juga agak sukar. Aspek yang akan timbul adalah mengenai ‘Bahan Mentah’ samada ia boleh diperbaharui atau adakah ia dihasilkan secara lestari. Sebagai contohnya kitar semula logam akan menyebabkan pencemaran terhadap alam sekitar disebabkan oleh pelepasan karbon, namun ia agak rendah jika dibandingkan dengan aktiviti perlombongan dengan mengambil sumber - sumber semulajadi secara besar - besaran. Dalam konteks pertanian pula, Penggunaan Lestari contohnya dalam perladangan secara organik menjadikan sayuran selamat dan mesra-eko dengan mengamalkan “Amalan Baik Pertanian”.


Pengeluaran barangan menjadi bidang penting dalam memastikan pendekatan ‘cradle to cradle’ maju kehadapan. Rekabentuk barangan boleh memastikan yang mana bahan mentah adalah daripada sumber mesra – eko digunakan. Proses pengeluaran secara lestari dengan pengurangan sisa ditempat ia dihasilkan dan penggunaan bahan pembungkus yang boleh dikitar semula digunakan. Pembuat juga harus merekabentuk barangan yang boleh di ceraikan dan dipasang dengan mudah. Ia boleh membantu pengurusan sisa setelah digunakan.


Pengguna mempunyai peranan penting apabila membeli barangan – barangan mesra –eko atau menggunakan perkhidmatan mesra –eko. Mereka boleh membantu sesebuah industri untuk kekal dan maju. Isu penguatkuasaan juga amat penting sebagai mana kita inginkan pengguna- pengguna untuk membeli barangan dan perkhidmatan yang hanya disijilkan. Barangan dan perkhidmatan lestari seharusnya juga mengambil kira kumpulan berpendapatan pertengahan dan rendah yang mana mereka merupakan pemegang kuasa beli yang cukup besar.


Barangan – barangan yang mesra-eko mempunyai peranan penting sebagai ‘pendidik’ kepada pengguna, ianya dapat memastikan pengguna untuk melupuskan barangan secara betul. Konsep 3R merupakan suatu yang praktikal bagi setiap isi rumah. Konsep 3R (Reuse, Reduce dan Recycle) boleh digunakan untuk mencapai budaya penggunaan lestari dikalangan rakyat Malaysia.

Perancangan menjadi suatu aspek penting bagi mengurangkan penggunaan barangan yang tidak diperlukan dan membeli hanya perkara yang diperlukan sahaja. Pengguna harus juga sedar bahawa mereka seharusnya juga mengambilkira aspek pembungkusan apabila membeli barangan.

Pengguna seharusnya menyokong bahan pembungkusan yang boleh di guna semula dan boleh dikitar semula (bekas makanan, botol, pembungkus berasakan kertas atau kotak yang digunakan untuk membungkus barangan yang dibeli). Memilih kertas pembungkusan yang baik mampu mengurangkan sisa pepejal yang dihasilkan oleh pengguna.Pengguna juga seharusnya bijak memilih barangan yang boleh diguna dan dikitar semula seperti botol kaca, pembungkus berasaskan kertas, pembungkusan berasakan logam dan bateri boleh dicaj semula yang mampu digunakan berulang kali sebelum ia dikitar semula. Pengguna juga boleh membawa beg mereka sendiri untuk membawa barangan yang dibeli. Ini boleh mengurangkan penggunaan bahan – bahan untuk pembungkusan.


Dalam konteks 3R, R yang pertama akan membantu pengguna dalam melaksanakan R yang kedua, Reuse. Pengunaan semula bahan pembungkusan adalah penting bagi mengurangkan penghasilan sisa : Penggunaan semula bekas makanan untuk menyimpan produk yang sama (produk isian semula), baju lama boleh digunakan semula sebagai sarung kusyen dan pengelap lantai. Di pejabat misalnya penggunaan kedua – dua belah kertas untuk mencetak.
Bagi barangan berbentuk pepejal dan bersaiz besar seperti barangan elektrik, baju, buku dan perabot ia tidak mudah untuk dilupuskan ia juga tidak sesuai untuk disimpan di dalam stor dalam tempoh masa yang lama. Sekiranya ia masih berkeadaan baik ia boleh disumbangkan kepada pusat masyarakat dan sekolah. Sekiranya ia berkeadaan tidak sempurna dan tidak baik ia boleh dilupuskan dengan cara yang betul dan baik di pusat kitar semula dan pusat pengumpulan barangan.


R yang terakhir iatu Kitar semula. Segelintir daripada masyarakat kita beranggapan bahawa industri kitar semula adalah industri yang tidak mencemarkan. Namun ia tidak benar sepenuhnya, kitar semula sebenarnya juga memberikan impak terhadap alam sekitar melalui pelepasan gas – gas atau bahan kimia semasa proses pengekstrakan bahan yang boleh dikitar semula tetapi dalam kadar yang agak minima dan terkawal. Ia juga lebih bersifat mesra alam berbanding dengan penggunaan bahan mentah dari sumber semulajadi.Langkah terakhir ini membawa kepada pemulihan dan pengembalian semula bahan mentah kedalam kitar hayat penghasilan produk. Apabila kitaran ini berlaku, pelepasan karbon akan mampu dikurangkan.

Mungkin sesetengah daripada kita akan bertanya adakah amalan kepenggunaan boleh berjaya diurus dengan suatu sistem tertentu? Kita seharusnya melihat contoh negara – negara Kesatuan Eropah yang kini bergerak pantas dalam bidang ini. Mereka mempunyai sumber semulajadi yang terhad. Masyarakat di Eropah membayar harga yang tinggi untuk membeli barangan seharian. Adakah kita ingin menunggu sehingga jadi seperti mereka atau lebih baik bersedia ?
Kita perlu melihat pendekatan ini dalam suatu konteks yang 'bersepadu' dimana pengguna, industri dan kerajaan mesti berkerja saling bantu membantu untuk merealisasikan agenda Penggunaan Lestari.

Kita memerlukan industri untuk memulakan Penilaian Kitar Hayat (LCA) untuk melihat secara mendalam proses dan pendekatan yang tersedia untuk melestarikanya. Melalui perancangan jangka panjang dan program – program pendidikan dan kesedaran kepada pengguna, kita boleh mengubah gaya hidup kita dan bergerak ke arah pendekatan ’cradle to cradle’.


Ingatlah bahawa inilah satu – satunya bumi untuk kita tinggal. Kita meminjamnya daripada anak cucu kita dan kita perlu memulangkan kepada mereka sebagaimana kita telah meminjamya.

Monday, January 19, 2009

Longkang antinyamuk


MENCEGAH lebih baik daripada mengubati. Ketika negara dilanda masalah kesihatan penyakit Aedes dan Chingunkunya, pelbagai pihak memberi maklum balas berkaitan punca dan akibat membiarkan nyamuk membiak. Namun, ia bukan sesuatu yang mudah kerana tindakan mencegah sebenarnya memerlukan sokongan semua pihak termasuk orang awam serta tindakan menguatkuasakan undang-undang.


Bagi sesetengah pihak, musibah itu dianggap cabaran dan memberi kelebihan dalam mencari penyelesaian serta kaedah terbaik menangani masalah kesihatan negara. Dalam erti kata mudah, jika lebih banyak inovasi baru dicipta, lebih banyak faedah dinikmati negara. Maka, atas konsep peka, prihatin dengan masalah kesihatan berpunca daripada pembiakan nyamuk, Syarikat I&M Concrete, milik penuh Bumiputera menampilkan inovasi baru dengan merekacipta longkang konkrit tahan hakisan (CG) dan anti Aedes. Sudah tentu ramai yang akan tertanya-tanya bagaimana longkang CG itu mampu membantu mengatasi masalah nyamuk. Jawapannya cukup mudah kerana menurut Pengarah Operasi I & M Concrete, Mohd Yusof Hamzah, ia sebenarnya perlu merujuk kepada punca pembiakan nyamuk.


Amnya, nyamuk akan membiak di kawasan air bertakung dan sudah pasti longkang yang tidak sistematik, tersumbat dan air tidak mengalir akan menjadi pilihan utama pembiakan nyamuk. Antara punca longkang tersumbat ialah reka bentuk longkang, bahan yang digunakan serta ketahanannya. Apabila longkang pasang siap digunakan untuk tempoh lama, lapisan bawah akan terhakis, berlubang, bahkan ada yang pecah. Semua ini menyebabkan aliran air terganggu ditambah pula wujud lambakan sampah, pasir dan lumpur. Keadaan ini menyebabkan air bertakung dan sudah pasti nyamuk boleh membiak. Longkang CG direka khas menggunakan glaze iaitu sejenis tanah liat bercampur lumpur laut yang dijadikan aliran utama di permukaan. Glaze ini akan bertindak melicinkan perjalanan air, sekali gus memastikan tiada aliran tersumbat.


“Longkang CG dipasang menggunakan glaze dan disediakan dalam bentuk yang lebih padat, kemas, tahan lasak serta mempunyai jangka hayat sehingga 20 tahun kerana mempunyai tulang belakang besi yang dipasang di dalam simen. “Ia juga tahan hakisan termasuk asid dan jaminan ia tidak mudah retak serta diiktiraf oleh Sirim. Ini akan membantu pihak berkuasa menyediakan laluan air lebih sistematik dan jimat kerana tidak perlu menampung kos menukar longkang ganti untuk tempoh yang lama. “Kami faham dan prihatin dengan masalah rakyat dan idea menghasilkan longkang ini juga dijalankan selepas beberapa tahun kajian dan pemerhatian masalah negara,” katanya. Longkang CG yang diumumkan sebagai pemenang Anugerah Inovasi Kebangsaan 2008 bagi kategori Akar Umbi ini membolehkan I & M Concrete yang diuruskan Yusof bersama rakan kongsi, Inas Saidin (Pengarah Urusan dan Mohd Rashid Buang (Pengarah) menerima pelbagai tempahan. Selepas diiktiraf Perbadanan Harta Intelek Malaysia selaku longkang CG pertama di Malaysia, produk keluaran syarikat itu juga berjaya menambat hati dan kepercayaan serta menerima sokongan penggunaannya oleh beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT). Antaranya ialah Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSSA) serta mendapat banyak permintaan daripada kontraktor tempatan. Selain longkang, syarikat itu juga menyediakan penutup longkang tahan lasak yang dipasang menggunakan kaedah sama iaitu mempunyai besi yang bertindak sebagai tulang belakang. Penutup itu mempunyai dua jenis iaitu setebal tiga inci dan empat inci yang sesuai untuk longkang jenis CG12UH. Info: Longkang GC


Kegunaan:

Jenis CG12UH, CG12V dan CG15V:
Biasa dipasang di kawasan perumahan, taman, bangunan rumah kedai, tepi jalan
Sesuai dipasang di kawasan terdapat aliran air deras atau parit utama CG12U, CG9U, CG6U:
Lebih cetek dan kecil
Biasa dipasang di kawasan mendatar Kelebihan produk:
Lebih bersih (aliran air lancar).
Lebih tahan lama (konkrit bertulang besi).
Tiada hakisan, air bertakung (tiada pembiakan nyamuk Aedes).
Pemasangan mudah, cepat, kemas, jimat kos serta penyelenggaraan mesra alam.
Menguntungkan pihak berkaitan seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Parit Saliran (JPS), pemaju dan kontraktor.
Memberi keselesaan dan kesejahteraan kepada pengguna yang pentingkan kesihatan dan kebersihan. Kelebihan dan perbandingan cara pemasangan dengan cara lama:
Mudah dipasang
Cepat
Tidak memerlukan pekerja ramai
Tidak perlu bahan mentah yang banyak seperti pasir, batu, air dan simen
Tiada risiko hujan


Kemas Cara lama:
Pemasangan memakan masa lama
Berisiko apabila hujan lebat
Kurang kemas
Penggunaan bahan mentah yang banyak
Tenaga kerja yang ramai
Kos pemasangan tinggi Kelebihan CG12U, CG9U, CG6U berbanding longkang biasa:
Longkang glaze yang ditampalkan telah terlekang kerana cara pemasangan yang salah. Ini boleh dielakkan dengan menggunakan produk CG anti Aedes yang sedia ada konkrit di belakangnya dan diuji oleh SIRIM tahap ketahanannya. Anugerah: Projek Longkang Konkrit Tahan Hakisan dan Anti Aedes.


2008: Pemenang anugerah Inovasi Kebangsaan Kategori Inovasi Akar Umbi
2007: Anugerah Inovasi Terbaik (Kategori Teknologi) sempena Hari Kualiti Sirim Berhad.

Monday, January 12, 2009

Indikator Pembangunan Lestari : Perspektif Malaysia

Indikator bagi Pembangunan Lestari : Perspektif Malaysia
Bahagian – I


Polisi Malaysia mengenai pembangunan lestari jelas disebut di dalam rancangan malaysia ke tujuh (GOM 1996). Plan tersebut juga menerangkan langkah – langkah yang diambil untuk memberi penekanan terhadap pembangunan lestari semasa awal tempoh Rancangan Malaysia, langkah – langkah baru pula telah dimulakan semasa Rancangan Malaysia ke – 7 (1996 – 2000) bagi meningkatkan kebolehan Malaysia untuk membangun secara lestari.

Rancangan Malaysia Ke – 7 menyatakan bahawa terdapat suatu keperluan bagi mengukuhkan pangakalan data alam sekitar (environmental database) dan sistem maklumat (information systems) untuk ”.....secara jelas menggambarkan hubungan antara alam sekitar dan pembangunan lestari” dan membangunkan indikator bagi mengukur kelestarian pembangunan, bagi menyediakan pengukur untuk memantau dan menilai kemajuan kearah pembangunan lestari di Malaysia.

Suruhanjaya Brutland mengenai Pembangunan dan Alam Sekitar memberi definisi mengenai pembangunan lestari sebagai ”...... pembangunan yang memenuhi keperluan pada masa kini tanpa mengabaikan potensinya untuk keperluan generasi akan datang. (WCED 1987). Walaubagaimanapun tiada konsensus rasmi mengenai pendifinisian terhadap pembangunan lestari. Ini berlaku sebahagianya kerana pembangunan lestari di lihat sebagai proses yang dinamik, bukanya dalam keadaan yang statik yang boleh diterangkan dengan jelas. Konsep Pembangunan Lestari juga berhubungkait dengan banyak hal termasuk norma dan nilai yang cenderung berkembang di dalam tradisi dan budaya, dan juga berhubung dengan perbezaan alam sekitar geo yang sudah tentu mempunyai lingkungan khusus.

Dalam usaha untuk menaksirkan prestasi kearah mencapai objektif pembangunan lestari, Bab 40 dalam Agenda 21 Persidangan Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai Alam Sekitar Dan Pembangunan (UNCED) menggalakan negara – negara dan pertubuhan antarabangsa untuk membangunkan indikator pembangunan lestari. Saranan dalam Agenda 21, yang mana pembangunan indikator boleh diharmonikan dengan koordinasi yang disediakan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (UN).

Polisi bagi menggalakan pembangunan lestari diterangkan di dalam Rancangan malaysia Ke 7 adalah diinspirasikan oleh UNCED dan Agenda 21. Walaupun Malaysia menyertai inisiatif yang di taja oleh UN bagi membangunkan indikator – indikator pembangunan lestari, ia telah memilih untuk meneruskan formulanya tersendiri dengan mewujudkan metodologi sendiri dan indikator – indikator yang dipilih mempunyai refleksi yang amat rapat dengan keupayaan dan keperluan sebenar negara.
Indikator Pembangunan Lestari (IPL)

Minat terhadap indikator – indikator pembangunan lestari adalah suatu yang baru tetapi secara umumnya ianya bukanlah suatu yang baru, dalam kebanyakan bidang kepolisian ia telah lama dipraktikan secara umumnya. Sebagai contohnya ia boleh dijumpai dalam sektor ekonomi, dimana keluaran dalam negeri kasar (GDP), debit nasional dan kadar penganguran merupakan antara indikator – indikator ekonomi bagi sesbuah negara. Penggunaan indikator dalam perancangan agak biasa digunakan : sebagai contoh kadar literasi, akses kepada penjagaan kesihatan, nisbah doktor/populasi dan sasaranya, selalu digunakan sebagai indikator dalam pembangunan 5 tahun Rancangan Malaysia.

Walaubagaimanapun, polisi bertujuan untuk mencapai pembangunan lestari adalah sesuatu yang baru dan sehingga kini persetujuan mengenai penggunaan indikatornya masih dibandingkan dengan sektor ekonomi dan sosial. Secara umumnya inidkator seperti keluaran dalam negara kasar dan pengukuran setiap sumber – sumber dan aliran pencemaran tidak menyediakan indikator yang mencukupi bagi kelestarian. Indikator bagi pembangunan lestari adalah amat diperlukan bagi membuat keputusan yang kukuh dan berasas pada semua tahap kerajaan, maklumat kepada awam dan kemajuan pemantauan ke arah mencapai objektif penyeliaan sendiri kelestarian. Ini memerlukan suatu mekanisma yang berasaskan aplikasi yang membolehkan alam sekitar diambil kira dalam proses membuat keputusan. Dalam pembangunan.

Kelestarian menunjukan keseimbangan berterusan dengan masa. Ini merupakan suatu yang amat sukar untuk di ukur, kebanyakan indikator kelestarian di ukur dengan mengukur ketidaklestarianya atau perkara yang berbahaya dan tidak seimbang (SCOPE 1996). Pembangunanya dan pemilihaan indikator untuk digunakan harus selanjutnya dipertimbangkan dengan penjagaan ekstrim supaya ia secara tepat memberikan refleksi kepada status pembangunan lestari. Pendekatan yang konsisten dan keupayaaan indikator kelestarian dalam menyediakan pilihan kepada pembuat keputusan dan pembuat polisi.

Harus diberikan penekanan juga bahawa indikator bukanlah pengakhir bagi sesuatu hal, tetapi hanya sebagai alat untuk membantu mengukur kemajuan atau memberi gambaran bagaimana sesuatu perkara berada dalam suatu tempoh masa. Indikator – indikator pembangunan lestari menyediakan kaedah untuk mencartakan kemajuan kearah kepentingan matlamat untuk mencapai bentuk pembangunan yang seimbang dalam bidang sosial, ekonomi dan alam sekitar sebagai objektif utama pembangunan sesbuah negara.

Usaha Global untuk membangunkan IPL

Pada ketika ini dunia telah menggunakan indikator dan indeks untuk pelbagai tujuan, bermula dari proses membuat keputusan hinggalah kepada program – program kesedaran awam. Kebanyakan negara industri seperti Kanada, Denmark, Jepun, Norway, Netherlands, United Kingdom dan USA telah membangunkan program indikator dengan baik. Petereson (1997ª) telah menerangkan secara menyeluruh tentang aktiviti yang telah berlaku di negara – negara tersebut dan juga agensi multilateral seperti Bank Dunia (World Bank), Bank Pembangunan Asian (Asian Development Bank) dan OECD. Keperluan dalam usaha untuk menumpukan dan mengharmonikan indikator – indikator pembangunan lestari telah meningkat semasa sesi pertama Suruhanjaya Mengenai Pembangunan Lestari PBB (CSD). Objektif bagi program yang diusahakan oleh agensi multilateral adalah pelbagai. Walaubagaimanapun, mereka mempunyai kecenderungan untuk membentuk inidikator pembangunan lestari yang boleh diakses oleh pembuat keputusan pada tahap nasional.

Sehingga kini input untuk membangunkan IPL muncul daripada kebanyakan kumpulan negara – negara di utara meliputi Kanada, Netrherlands, German dan United Kingdom. Kekayaan pengalaman negara – negara OECD dan aktiviti pembangunan indikator oleh kebanyakan pertubuhan – pertubuhan UN, menyumbang secara signifikan ke arah pembangunan IPL di negara-negara membangun. Perkembangan mengenainya telah dilaporkan oleh Peterson (1997a) yang menyatakan dikebanyakan negara – negara membangun data yang boleh digunakan secara mudah untuk membentuk IPL masih tidak terdapat.

Saturday, January 10, 2009

Teknologi kompos dalam industri sawit

Teknologi Pengkomposan (TP) bagi pelestarian industri sawit di Malaysia

Oleh : Abdul Rahman Mahmud

Pengkomposan sisa kilang kelapa sawit merupakan penyelesaian terbaik bagi Pelestarian industri kelapa sawit dan alam sekitar. Pelestarian industri sawit meliputi pelaksanaan amalan baik pengurusan kilang seperti rawatan sisa effluen dan kitar semula bahan sampingan kilang sawit. Kaedah konvensional rawatan sisa dan pelupusan bahan sisa sampingan kilang sawit selalunya tidak bersifat mesra alam dan menjana pelepasan jumlah gas metana dan karbon dioksida yang tinggi ke udara.

Loji pengkomposan boleh dibina sebagai sebahagian daripada projek “Clean Development Mechanism (CDM)” ataupun mekanisme pembangunan bersih dengan menggunakan keseluruhan sisa pepejal yang dihasilkan oleh kilang kelapa sawit konvensional. Sebagai contohnya, buah tandan kosong, abu dandang, enapcemar decanter dan kira – kira 30% - 50 % sisa effluen kelapa sawit boleh digunakan untuk menghasilkan baja bio organik.

Kilang kelapa sawit konvensional boleh dipertingkatkan keupayaanya dengan menggunakan sistem dua-fasa decanter . Ini membolehkan jumlah sisa yang dihasilkan dapat dikurangkan iaitu pertama; lebih kurang 0.2 tan didalam slurry, kedua; jumlah 0.15 tan air dari condensate dan ketiga; 0.10 tan air basuhan didalam kira – kira 1 tan buah tandan segar (BTS) yang diproses. Ini membolehkan sepenuhnya sisa – sisa kilang sawit digunakan bagi tujuan pengkomposan.

Pendahuluan

Dengan peningkatan harga minyak sawit dipasaran antarabangsa, terdapat peningkatan terhadap kepentingan alam sekitar. Ini kerana harga minyak sawit yang tinggi di pasaran akan merangsang terhadap pembukaan lebih banyak ladang kelapa sawit dengan pembukaan secara besar – besar hutan bagi tujuan projek perladangan kelapa sawit di Malaysia dan Indonesia.

Aktivis alam sekitar dan kerajaan di negara – negara maju melihat kebimbangan terhadap perkembangan ini yang dijangka akan memusnahkan biodiversiti yang wujud di kawasan hutan, hingga menyebabkan kepupusan sesetengah flora dan fauna, dan juga menyebabkan berlakunya pencemaran udara, jerebu dan perubahan cuaca. Kaedah pembakaran terbuka kebanyakanya digunakan untuk membuka hutan sehingga boleh menyumbang terhadap pemanasan global.

Roundtable On Sustainable Palm Oil (RSPO) – Meja Bulat Bagi Pelestarian Sawit telah ditubuhkan pada ogos 2003, ianya melibatkan pelaksanaan amalan terbaik dalam perladangan dan pengurusan kilang bagi melestarikan industri kelapa sawit. Ini meliputi :

Pengurusan ladang, dan perlindungan air dan tanah.
Teknik pembakaran sifar dalam penanaman semula ladang.
Pengurusan makhluk perosak bersepadu.
Rawatan effluen dan kitar semula sisa sampingan minyak sawit
Perlindungan dan peningkatan biodiversiti.
Kebajikan dan modal insan
Pengurusan alam sekitar dan kualiti menyeluruh.

Kajian yang dibuat oleh Frank et al (2008) menunjukan pengkomposan buah tandan kosong dan effluen kilang sawit merupakan suatu penyelesaian lestari yang memenuhi kriteria RSPO, ia melibatkan ”pengurangan sisa, kitar semula sisa dan pelupusan sisa mengikut amalan mesra alam” dan ”Pelan untuk mengurangkan pencemaran dan pelepasan gas – gas rumah hijau dibangunkan, dilaksanakan dan dipantau”. Analisis kos menunjukan pengkomposan buah tandan kosong (BTK) bersama effluen kilang sawit mempunyai potensi kebolehuntungan (profitability) tertinggi berbanding semua alternatif lain yang telah dikaji. Alternatif lain tersebut meliputi, pengumpulan biogas dari effluen kilang sawit dan pengunaan biomass seperti fiber, buah tandan kosong sebagai sumber penjanaan tenaga.

PENGKOMPOSAN SISA - SISA KILANG SAWIT

Pengkomposan merupakan satu kaedah yang amat cekap dalam merawat sisa kilang kelapa sawit. Pengkomposan melibatkan penghuraian bahan organik yang keluar daripada sisa. Keperluan bagi tujuan pengkomposan adalah bergantung kepada faktor kelembapan udara, oksigen yang mencukupi, julat suhu yang sesuai dan nisbah kandungan karbon kepada nitrogen tidak kurang dari 30 :1.

Fiber daripada EFB menyediakan sumber karbon, manakala effluen kilang sawit ( daripada slurry decanter campur air basuhan dan kondensate) menyediakan sumber nitrogen. Fiber, slurry dan sisa cecair digabungkan untuk menghasilkan bahan pengkomposan. Proses pengkomposan melibatkan fermentasi aerobik semasa bahan organik terhurai kepada karbon dioksida, air, mineral dan bahan organik stabil. Di akhir tempoh pengkomposan, warna hitam keperangan, porous, span, likat dan bau busuk terhasil didalam bahan tadi.

Bahan kompos boleh dihantar semula dan dihantar ke estet. Penghuraian bahan organik dalam sisa berlaku hasil tindakan metabolik mikroorganisma yang mungkin atau boleh wujud secara semulajadi dalam sisa itu sendiri. Pengggunaan Mikrob Ozon (O3) disediakan dan ia bertujuan untuk memastikan hanya mikrob yang tepat bagi mempercepatkan pengkomposan berlaku.

Ia juga dibiakan didalam bahan pengkomposan untuk mencetuskan, mempercepatkan dan mengekalkan proses pengkomposan untuk berlaku.

KILANG SAWIT KONVENSIONAL DENGAN LOJI RAWATAN EFFLUEN (POME)

Terdapat lebih kurang 400 kilang kelapa sawit di seluruh Malaysia. Minyak Sawit Mentah (CPO) diekstrak daripada pemprosesan buah tandan segar, yang diproses 24 jam selepas ia dituai. Anggaran sisa yang dihasilkan bagi pelbagai jenis kilang kelapa sawit bagi setiap 1 tan BTS yang diproses adalah :

Ø 0.6 – 0.8 m3 effluen
Ø 0.23 tan tandan kosong
Ø 0.0035 tan pepejal dari decanter
Ø 0.02 tan abu boiler (dari pembakaran fiber dan tempurung isirong)

Kaedah konvensional bagi pelupusan dan rawatan sisa adalah :

Ø Buah tandan kosong (BTK) – ‘mulching’ dan pengkomposan (kaedah luar loji)
Ø Pepejal dari decanter – dihimpun di ladang sawit
Ø Effluen – sistem kolam, penjernihan, pelupusan tas tanah dan pelepasan ke alur air
Ø Abu dari boiler – di himpun di ladang sawit.

Kaedah konvensional diatas bagi rawatan dan pelupusan sisa tidak bersifat mesra alam dan menyebabkan penghasilan banyak gas metana dan karbon dioksida ke atmosfera. Merujuk kepada rajah 1, rawatan effluen kilang terdiri daripada kolam – kolam, bermula daripada kolam – kolam penyejukan, dua kolam pengasidan, empat kolam anaerobik, satu kolam aerobik dan akhir sekali satu kolam penstabilan ‘stabilisation pond’. Satu loji rawatan biasanya perlu mencapai tahap penjernihan sehingga aras BOD dibawah < 20 ppm pada kolam terakhirnya, sebelum ia dilepaskan ke alur air. KILANG SAWIT KONVENSIONAL DILENGKAPI DENGAN LOJI PENGKOMPOSAN DAN LOJI RAWATAN EFFLUEN Mutakhir ini, beberapa kilang sawit telah berusaha bagi membina loji pengkomposan seperti dalam rajah 2 dengan menggunakan keseluruhan sisa pepejal dan 30 – 50 % effluen yang dihasilkan oleh kilang sawit. Loji pengkomposan telah dibina di Lahad Datu, Sabah sebagai projek CDM untuk menggunakan sisa dengan kapasiti 45 tan sejam kilang konvensional. Sisa yang digunakan adalah effluen, buah tandan kosong, abu boiler dan kek decanter, diubah kepada baja bio organik. Kilang tersebut telah beroperasi sejak april 2007 dan validasi untuk Pengiktirafan Pengurangan Emisi (CER- Certified Emission Reduction) telah disempunakan pada sepetember 2007. MENINGKATKAN KEUPAYAAN KILANG SAWIT DENGAN LOJI PENGKOMPOSAN Loji pengkomposan CDM telah dibina di Sandakan dengan menggunakan kaedah Penyelesaian Pelepasan Sisa Sifar Zero Waste Discharge Solution untuk merawat keseluruhan sisa dihasilkan oleh kilang yang berkapasiti pemprosesan sebanyak 45 tan sejam.Penyelesaian Pelepasan Sisa Sifar melibatkan : 1) Pemasangan dua – fasa (fasa pepejal/cecair dan fasa minyak) sistem decanter bagi meningkatkan prestasi kilang, dan 2) Membina loji pengkomposan bagi menggunakan keseluruhan sisa yang dihasilkan oleh kilang. Dengan meningkatkan keupayaan kilang kelapa sawit kepada penggunaan baru sistem decanter dua-fasa (rujuk Appendiks A), jumlah sisa dapat dikurangkan kepada kurang daripada 0.2 tan daripada slurry, 0.15 tan bagi kondensate dan 0.10 tanh bagi air basuhan bagi setiap 1 tan buah tandan segar (BTS). Keseluruhan sisa kilang sawit digunakan bagi tujuan pengkomposan. Seperti yang ditunjukan dalam rajah 3, kilang beroperasi tanpa sebarang kolam effluen. Ini merupakan suatu anjakan baru bagi kilang konvensional dan suatu hala tuju baru untuk masa depan industri sawit. Apa yang diperlukan hanyalah sebuah kolam takungan slurry. Tenaga yang diperlukan untuk mengoperasikan loji rawatan effluen dipindahkan bagi mengoperasikan loji pengkomposan. Faedah bagi Penyelesian Pelepasan Sisa Sifar adalah : Ø Sisa cecair dapat dikurangkan daripada 0.75 tan daripada effluen kepada < 0.2 tan slurry; 0.15 tan kondensate, dan 0.1 tan air basuhan bagi setiap 1 tan buah tandan segar (BTS). Ø Kehilangan minyak didalam stesen ’oil room’ dapat dikurangkan. Ø Penggunaan air dapat dikurangkan sebanyak separuh. Tambahan pula,bahan kimia yang digunakan bagi tujuan rawatan air, dan jumlah saiz kolam takungan air dapat dikurangkan kepada separuh. Ø Minyak boleh didapati semula daripada ’Pelerai’ buah tandan kosong dan kuantiti minyak diperolehi kembali meningkat. Ø Jumlah penghasilan gas metana dapat dikurangkan. Ø Tiada lagi aktiviti pembersihan kolam dilakukan. Ø Tiada lagi aktiviti pelepasan effluen ke alur air dilakukan Ø Tiada sebarang sisa sampingan yang dikeluarkan dibuang daripada kilang. Ø Pendapatan tambahan daripada jualan Pensijilan Pengurangan Emisi (CERs) Ø Tiada kos berulang bagi penyelenggaraan bagi pam, aertor dan lain – lain. Ø Menjimatkan kos pelupusan buah tandan kosong Ø Sisa dapat diurus dalam persekitaran yang terkawal dan penghasilan 100% baja organik. Ø Penggunaan tenaga dapat dikurangkan dan dipindahkan ke loji pengkomposan.