Sunday, April 15, 2012

Buku Alam Sekitar Di Ambang Risiko


Buku ini menampilkan kompilasi lebih dari 60 artikel dan jurnal berkaitan isu – isu mutakhir berkaitan alam sekitar seperti pemanasan global, perubahan iklim, kepupusan biodiversity dan pencemaran sisa toksik dan bahan – bahan berbahaya. Buku ini turut mengemukakan langkah – langkah penyelesaian isu alam sekitar dalam perspektif yang segar. Penyelesaian yang diketengahkan dalam buku ini bersifat segar, integratif, kreatif, inovatif dan saintifik. Buku ini ditulis dalam bahasa melayu yang mudah untuk difahami oleh semua golongan masyarakat. Buku ini boleh dijadikan sumber rujukan kepada para pelajar, pensyarah dan pendidik di peringkat institusi pengajian tinggi seperti politeknik, institusi perguruan dan universiti.

Penulis : Abu Muadz Bin Mahmud

Latar belakang :

Ijazah Sarjanamuda Kejuruteraan Kimia (Bioproses);Ijazah Sarjana Sains Kejuruteraan Alam Sekitar

Memiliki kompetensi didalam bidang teknologi kawalan pencemaran udara, Kejuruteraan airsisa dan Penilaian Risiko Alam Sekitar, Perunding Kejuruteraan Alam Sekitar 12 tahun, Penulis di Majalah Dewan Bahasa dan Pustaka

Buku ini dijual dalam bentuk 3 bentuk :-

1. e – book PDF harga RM 30.00 Penghantaran Melalui E- mel

2. Slide Power Point RM 50.00 Dalam bentuk CD

3. Buku sebenar RM 60.00 termasuk kos penghantaran.

Antara tajuk – tajuk didalam buku ini adalah seperti berikut :

- Pengurusan Lestari Guna Tanah

- Penambakan Laut dan Kesan Terhadap Alam Sekitar

- Pengurusan Tenaga Mampu Kurangkan Pelepasan Gas Rumah Hijau

- Minyak Pelincir Terpakai Berpotensi Cemari Alam Sekitar

- Kesan Pencemaran dari Industri Tekstil dan Pakaian

- Pengurusan Sisa Klinikal Satu Cabaran

- Perubahan Iklim dan Impak Terhadap Jaminan Makanan Dunia

- Tumpahan Minyak Ancam Ekosistem Laut

- POPs : Pencemar Organik Berterusan

- Risiko Pembangunan Di Kawasan Tanah Tinggi

- Pencemaran Bunyi Lalu Lintas

- Rawatan Tanah Tercemar

- Air Bawah Tanah Semakin Terancam

- - Penyakit Sensitif Iklim
Bottom of Form

- Kenderaan Bermotor Menyumbangkan Pencemaran Udara

- Partikel Nano : Suatu Kebimbangan Baharu

- CEMS Bantu Awas Pelepasan Asap IndustriBottom of Form

- Pengkomposan Jerami Padi dan Sawit

- Krisis air global Kian Meruncing

- Teknologi Pengenalpastian dan Pengawalan Pencemaran Bau

- - Pendekatan Mesra Alam Dalam Industri Padi
Bottom of Form

- CP Merangsang Pertumbuhan Industri Mesra Alam

- - Lambakan Sisa Elektronik
Bottom of Form

- Membangunkan RET (Renewable Energy Technology) Atasi Kemelut Minyak

- Pertubuhan Alam Sekitar Rakan Kongsi Dalam Pembangunan

- Bijak Urus Tanah Bandar

- Pendidikan Alam Sekitar Bukan Sekadar di Sekolah

- Cabaran Perkembangan Populasi Dunia

- Kesedaran Krisis Global

- Aktifkan Pelan Tindakan Kecemasan

- Strategi Mesra Alam Bantu Kurangkan Impak Ekonomi Industri

- Cabaran Urus Alam Sekitar Guna ICT

- Semarak Semangat Sayangi Bumi

- Teknologi Lestari , Reka Cipta dan Inovasi

- Kuari dan Impak Terhadap Alam Sekitar

- Pembangunan Industri Kalsium Karbonat dan Impak Terhadap Alam

- Air Sisa Basuhan Jejas Kualiti Air

- Pencemaran Udara di Malaysia Satu Tinjauan

- Keberkesanan Kajian Impak Alam Sekitar di Malaysia

- Letupan Dari Aktiviti Industri dan Impak Terhadap Alam Sekitar

- Kitar Semula Buangan Elektronik

- Inovasi Dalam Pengurusan Sisa Pepejal

- Pembinaan empangan dan Impak Terhadap Alam Sekitar

- Pencemaran Kadmium Membimbangkan

- Janakuasa Elektrik Dari Sisa Makanan

Untuk tempahan sila isi borang dibawah ini . Kos Penghantaran percuma

bayaran boleh dibuat setelah produk ini diterima di tangan anda.




Thursday, September 30, 2010

Jurnal dan Artikel Alam Sekitar Malaysia


Untuk mendapatkan artikel dan jurnal ini sila isi borang dibawah untuk tempahan kami akan menghantar dalam tempoh 8 jam dari masa tempahan. Penghantaran melalui e mail



Pencemaran Bunyi Lalu Lintas
Jumlah kenderaan yang berada di jalan raya Malaysia semakin meningkat saban tahun. Sehingga kini dianggarkan nisbah kenderaan kepada bilangan penduduk Malaysia adalah sebanyak satu nisbah tiga (1:3). Iaitu lebih kurang sembilan juta kenderaan berada di atas jalan raya di seluruh negara pada setiap hari. Selain dari menyumbang terhadap pencemaran udara, kehadiran jumlah kenderaan yang banyak turut menghasilkan suatu bentuk pencemaran lain yang agak serius kepada rakyat iaitu pencemaran bunyi bising. Sekiranya jumlah kenderaan terus bertambah tahap bunyi bising akan terus meningkat dan ini bakal menimbulkan implikasi buruk terhadap rakyat. Persoalanya adakah kita telah bersedia menghadapi masalah ini ? [Anda boleh membaca artikel ini dalam format pdf yang akan di emelkan kepada anda setelah pembayaran di buat dalam tempoh 1 jam dari masa pembayaran dibuat ]



1. Untuk bayaran menggunakan "kad kredit" sila pilih tajuk jurnal di ruang atas sekali.
2. Pembayaran secara online Bank In ke akaun CIMB Bank no : 12150055970521 , secara online melalui http://www.cimbclicks.com.my/ atau menggunakan kaedah transfer bank melalui mana - mana perkhidmatan perbankan secara online.



Rawatan Tanah Tercemar
Kategori : Journal
Pencemaran tanah boleh ditakrifkan sebagai perubahan terhadap keadaan fizikal atau kimia semulajadi tanah yang disebabkan oleh kehadiran bahan kimia buatan pada suatu kepekatan yang tinggi sehingga boleh menjejaskan fungsi tanah untuk tumbuhan, organisma dan aktiviti manusia. Pencemaran tanah berlaku disebabkan oleh banyak faktor antaranya ialah kebocoran tangki simpanan minyak bawah tanah, penggunaan berlebihan pestisid dalam pertanian, mendapan enapcemar dari pencemaran air permukaan, air larut resap daripada tapak pelupusan sisa pepejal dan pembuangan sisa toksik secara haram. Pencemaran tanah yang berlaku di merata dunia sudah pasti memberi implikasi yang buruk kepada ekosistem alam ini. Melakukan pencemaran terhadap tanah boleh diumpamakan ‘bagai meracun rumah sendiri’. [Anda boleh membaca artikel ini dalam format pdf yang akan di emelkan kepada anda setelah pembayaran di buat dalam tempoh 1 jam dari masa pembayaran dibuat ]

1. Untuk bayaran menggunakan "kad kredit" sila pilih tajuk jurnal di ruang atas sekali.
2. Pembayaran secara online Bank In ke akaun CIMB Bank no : 12150055970521 , secara online melalui http://www.cimbclicks.com.my/ atau menggunakan kaedah transfer bank melalui mana - mana perkhidmatan perbankan secara online.
Air Bawah Tanah Semakin Terancam
Kategori : Journal
Air bawah tanah sebenarnya kini kian terancam dengan pelbagai aktiviti pembangunan yang sedang rancak dilaksanakan oleh manusia. Air bawah tanah dianggap sebagai aset terpenting bagi masa depan penduduk dunia. Bekalan air permukaan seperti sungai dan tasik kini telah mengalami pencemaran yang agak serius, kemungkinan besar usaha bagi menggunakan air bawah tanah sebagai bekalan dan kegunaan harian akan menjadi realiti pada masa akan datang.Menurut Ensiklopedia Macmillan Sains Bumi jumlah keseluruhan air bawah tanah pada ketika ini adalah sebanyak 8,200 x 103 km3 dan jumlah ini 80 kali ganda lebih tinggi berbanding dengan jumlah air sungai dan tasik iaitu sebanyak 101.7 x 103 km3. Adalah dianggarkan penggunaan bekalan air global menunjukan hanya 0.6 % air bawah tanah digunakan sebagai bekalan air seharian diseluruh dunia pada ketika ini. [Anda boleh membaca artikel ini dalam format pdf yang akan di emelkan kepada anda setelah pembayaran di buat dalam tempoh 1 jam dari masa pembayaran dibuat ]

1. Untuk bayaran menggunakan "kad kredit" sila pilih tajuk jurnal di ruang atas sekali.
2. Pembayaran secara online Bank In ke akaun CIMB Bank no : 12150055970521 , secara online melalui http://www.cimbclicks.com.my/ atau menggunakan kaedah transfer bank melalui mana - mana perkhidmatan perbankan secara online.

Penyakit Sensitif Iklim
Kategori : Journal
Penyakit sensitif iklim (Climate-Sensitive Disease) ditakrifkan sebagai penyakit yang amat mudah hadir disebabkan oleh perubahan iklim yang berlaku dipersekitaran. Secara umumnya perubahan cuaca dijangka akan memberi dua impak utama iaitu peningkatan suhu dan peningkatan frekuensi hujan yang seterusnya merangsang untuk berlakunya banjir. Banjir boleh menyebabkan peningkatan risiko jangkitan patogen – patogen dan kehadiran penyakit gastrointestinal illnesses (GI). Wabak penyakit telah muncul setelah sumber air bawah tanah tercemar. Selanjutnya, air permukaan di tasik dan sungai mengalami limpahan. Hal ini selanjutnya mendatangkan risiko kepada manusia yang menggunakan air untuk keperluan seharian. [Anda boleh membaca artikel ini dalam format pdf yang akan di emelkan kepada anda setelah pembayaran di buat dalam tempoh 1 jam dari masa pembayaran dibuat ]

1. Untuk bayaran menggunakan "kad kredit" sila pilih tajuk jurnal di ruang atas sekali.
2. Pembayaran secara online Bank In ke akaun CIMB Bank no : 12150055970521 , secara online melalui http://www.cimbclicks.com.my/ atau menggunakan kaedah transfer bank melalui mana - mana perkhidmatan perbankan secara online.

Kenderaan Bermotor Menyumbangkan Pencemaran Udara
Kategori : Journal
Penciptaan kenderaan bermotor empat lejang pertama bermula pada tahun 1885 yang dicipta oleh seorang jurutera mekanikal bernama Karl Benz dari Jerman. Perkembangan awal industri automobil banyak dirangsang oleh penemuan dalam bidang kejuruteraan mekanikal bagi menghasilkan enjin pembakaran dalam. Enjin pembakaran dalam merupakan sejenis enjin dimana pembakaran suatu bahan api berlaku dengan suatu bahan pengoksidaan (biasanya udara) dalam satu kebuk pembakaran. Semasa pembakaran berlaku pengembangan terhadap peningkatan suhu dan tekanan gas terhasil ia seterusnya digunakan untuk menolak satu komponen boleh gerak dalam enjin, seperti omboh atau bilah turbin dengan memindahkanya kepada satu jarak dan ia amat berguna untuk menjana tenaga mekanik.Tidak dapat dinafikan manusia pada hari ini amat memerlukan kenderaan untuk kemudahan seharian. Kenderaan membantu manusia dalam urusan perniagaan dengan membawa barangan keperluan, perniagaan dan bahan pembinaan untuk tujuan pembangunan. Pada pertengahan era 1900 saintis dan jurutera telah bergabung kepakaran dalam usaha menghasilkan pelbagai jenis kenderaan seperti teksi, lori, motorsikal dan bas untuk membantu manusia melakukan pekerjaan dan mengangkut barangan. [Anda boleh membaca artikel ini dalam format pdf yang akan di emelkan kepada anda setelah pembayaran di buat dalam tempoh 1 jam dari masa pembayaran dibuat ]

1. Untuk bayaran menggunakan "kad kredit" sila pilih tajuk jurnal di ruang atas sekali.
2. Pembayaran secara online Bank In ke akaun CIMB Bank no : 12150055970521 , secara online melalui http://www.cimbclicks.com.my/ atau menggunakan kaedah transfer bank melalui mana - mana perkhidmatan perbankan secara online.
Partikel Nano : Suatu Kebimbangan Baharu
Kategori : Journal
Teknologi nano telah diiktiraf sebagai suatu penemuan paling maju pada abad ini. Penggunaan teknologi nano telah terbukti memberikan manfaat kepada manusia khususnya dalam bidang perubatan, elektronik, kawalan alam sekitar dan bioteknologi. Teknologi nano juga membantu bagi pengenalpastian bahan – bahan pencemar melalui penggunaanya sebagai sensor elektronik dan sekaligus membangunkan teknologi pemulihan terhadap segmen – segmen alam sekitar. Penggunaan teknologi nano dalam bidang semikonduktor, tenaga, kesihatan dan instrumentasi telah mewujudkan pasaran sebanyak 499 juta dolar pada tahun 2003. Ia juga dijangka berkembang sehingga mencecah pasaran berjumlah 1 trilion dolarmenjelang tahun 2015. Walaubagaimanapun sejak akhir ini tercetus kebimbangan baru disebalik penggunaan meluas partikel – partikel berskala nano. Partikel nano boleh ditakrifkan sebagai partikel atau zarah pada skala nano iaitu 10-9 m atau lebih dikenali sebagai nanometer. Kebanyakan partikel nano adalah dalam lingkungan partikel yang bersaiz 1 hingga 100nm. Perbandingan fizikal bahan – bahan bersaiz nano ialah seperti diameter rambut manusia iaitu 70,000 nm, sel darah merah iaitu pada lebar 5,000 nm dan molekul organik ringkas pada julat 0.5 hingga 5 nm. Saiznya yang teramat kecil dan mempunyai jumlah luas permukaan yang besar adalah suatu ciri yang unik. Ini menjadikan partikel nano mempunyai ciri – ciri yang khas untuk digunakan dalam bidang – bidang tertentu. [Anda boleh membaca artikel ini dalam format pdf yang akan di emelkan kepada anda setelah pembayaran di buat dalam tempoh 1 jam dari masa pembayaran dibuat ]

1. Untuk bayaran menggunakan "kad kredit" sila pilih tajuk jurnal di ruang atas sekali.
2. Pembayaran secara online Bank In ke akaun CIMB Bank no : 12150055970521 , secara online melalui http://www.cimbclicks.com.my/ atau menggunakan kaedah transfer bank melalui mana - mana perkhidmatan perbankan secara online.






CEMS Bantu Awas Pelepasan Asap Industri
Kategori : Journal
Setiap hari ribuan cerobong industri di seluruh negara melepaskan asap yang mengandungi pelbagai gas dan bendasing ke udara. Antara bahan pencemar yang biasanya dibebaskan adalah gas karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan partikel terampai (PM). Laporan Kualiti Alam Sekitar 2007 melaporkan terdapat peningkatan jumlah beban gas pencemar didalam persekitaran iaitu 30 % CO, 43 % NOx dan 30% PM (partikel) ke udara. Sehingga 2007, jumlah industri yang berpotensi menyumbangkan pencemaran udara adalah sebanyak 13,443. Pelepasan asap dari cerobong perindustrian perlu dikawal dan diawasi pada tahap yang minimum agar tidak menjejaskan kualiti udara. [Anda boleh membaca artikel ini dalam format pdf yang akan di emelkan kepada anda setelah pembayaran di buat dalam tempoh 1 jam dari masa pembayaran dibuat ]

1. Untuk bayaran menggunakan "kad kredit" sila pilih tajuk jurnal di ruang atas sekali.
2. Pembayaran secara online Bank In ke akaun CIMB Bank no : 12150055970521 , secara online melalui http://www.cimbclicks.com.my/ atau menggunakan kaedah transfer bank melalui mana - mana perkhidmatan perbankan secara online.





Pengkomposan Jerami Padi dan Sawit
Kategori : Journal
“Kos efektif dan tiada pencemaran“ itulah dua ciri penting yang dapat mengukur kejayaan sesebuah industri. Kos tinggi untuk rawatan sisa cemar seringkali membebankan pengusaha industri. Ini dapat diatasi seandainya pihak industri bijak memilih alternatif teknologi baru yang lebih jimat dan mesra alam. Teknologi pengkomposan merupakan salah satu pendekatan terbaik dan berpotensi untuk dikembangkan dalam dua industri komoditi utama negara iaitu industri padi dan sawit. Ia bukan sahaja dapat mengurangkan masalah pencemaran daripada kedua - dua industri ini. Malahan membantu meringankan beban ekonomi yang melanda komuniti industri pada masa kini. Pengkomposan ditakrifkan sebagai suatu proses penghuraian bahan organik dan sisa dalam suatu keadaan terkawal. Bahan – bahan yang berpotensi untuk dihuraikan secara biologikal adalah seperti rumput, daun, kertas dan sisa makanan ia boleh dipecahkan dengan tindakan mikroorganisma aerobik untuk membentuk bahan hurai yang lebih stabil. Seperti proses sains yang lain pengkomposan dipengaruhi oleh tujuh faktor utama iaitu kelembapan, nilai pH, kandungan nutrien C: N (20 :1), suhu, pH dan jenis mikroorganisma yang digunakan. [Anda boleh membaca artikel ini dalam format pdf yang akan di emelkan kepada anda setelah pembayaran di buat dalam tempoh 1 jam dari masa pembayaran dibuat ]

1. Untuk bayaran menggunakan "kad kredit" sila pilih tajuk jurnal di ruang atas sekali.
2. Pembayaran secara online Bank In ke akaun CIMB Bank no : 12150055970521 , secara online melalui http://www.cimbclicks.com.my/ atau menggunakan kaedah transfer bank melalui mana - mana perkhidmatan perbankan secara online.




Krisis air global Kian Meruncing
Kategori : Journal
Air merupakan keperluan yang amat penting untuk kehidupan manusia sejagat. Manusia masih boleh hidup tanpa minyak, tetapi manusia tidak akan dapat hidup andainya tidak ada air untuk diminum. Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan sebanyak 1.1 bilion masyarakat dunia kini berhadapan dengan masalah mendapatkan bekalan air bersih. Isu ini merupakan sebahagian besar daripada krisis air global yang semakin meruncing dan mengancam kesihatan manusia. Kini krisis air bukan sahaja melanda negara – negara miskin dan membangun malahan turut merebak dikalangan negara – negara maju. Krisis air global boleh difahami sebagai isu berkaitan sumber air mentah untuk kegunaan masyarakat serata dunia setiap hari. Krisis air global tidak sahaja dikaitkan dengan ketiadaan akses bekalan air bersih untuk kegunaan harian malah ia turut meliputi masalah berkaitan pencemaran sumber air, perubahan iklim dan isu sumber air yang mengakibatkan ketegangan antara negara. Kebimbangan mengenai krisis air global perlu ditangani secara baik bagi mengelak berlakunya malapetaka besar terhadap seluruh isi planet bumi ini. Kebimbangan masyarakat dunia terhadap masalah air global bermula sejak bertambahnya populasi dunia dalam beberapa dekad yang lalu. Sejak bermulanya abad ke20 penduduk dunia telah meningkat sebanyak tiga kali ganda diikuti dengan pertambahan permintaan air untuk kegunaan domestik, pertanian dan perindustrian. Ini sekaligus telah mencetuskan polemik yang berterusan diseluruh dunia mengenai keperluan air. [Anda boleh membaca artikel ini dalam format pdf yang akan di emelkan kepada anda setelah pembayaran di buat dalam tempoh 1 jam dari masa pembayaran dibuat ]

1. Untuk bayaran menggunakan "kad kredit" sila pilih tajuk jurnal di ruang atas sekali.
2. Pembayaran secara online Bank In ke akaun CIMB Bank no : 12150055970521 , secara online melalui http://www.cimbclicks.com.my/ atau menggunakan kaedah transfer bank melalui mana - mana perkhidmatan perbankan secara online.



Teknologi Pengenalpastian dan Pengawalan Pencemaran Bau
Kategori : Journal
Pencemaran bau merupakan satu daripada isu pencemaran yang semakin serius diperkatakan. Ini terbukti dengan pelbagai aduan mengenai pencemaran bau yang diajukan oleh orang ramai kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Pencemaran bau yang berlaku di sesuatu kawasan seringkali memberikan persepsi yang negatif kepada orang ramai mengenai kawasan tersebut. Kesannya tiada siapa yang sudi untuk menjejakkan kaki ke kawasan yang sudah terkenal dengan pencemaran bau. Antara isu pencemaran bau yang biasa berlaku di Malaysia adalah pencemaran bau dari tapak pelupusan sampah, pelepasan bau dari kilang baja, kilang getah, kilang kelapa sawit, kawasan penternakan khinzir, penternakan ayam dan loji rawatan kumbahan. Orang ramai yang tinggal dikawasan berhampiran dengan punca pencemaran bau sudah pasti akan terganggu untuk melakukan aktiviti seharian. Akibatnya mereka terpaksa menutup tingkap dan pintu rumah untuk mengelak bau busuk memasuki rumah mereka. Ia sedikit sebanyak memberikan kesan psikologi kepada penduduk yang tinggal berdekatan dengan kawasan pencemaran tersebut. [Anda boleh membaca artikel ini dalam format pdf yang akan di emelkan kepada anda setelah pembayaran di buat dalam tempoh 1 jam dari masa pembayaran dibuat ]

1. Untuk bayaran menggunakan "kad kredit" sila pilih tajuk jurnal di ruang atas sekali.
2. Pembayaran secara online Bank In ke akaun CIMB Bank no : 12150055970521 , secara online melalui http://www.cimbclicks.com.my/ atau menggunakan kaedah transfer bank melalui mana - mana perkhidmatan perbankan secara online.




Pendekatan Mesra Alam Dalam Industri Padi
Kategori : Journal
Keluasan ribuan hektar jelapang padi Malaysia pada masa depan, memerlukan kaedah yang lebih sistematik untuk penuaian padi dijalankan. Penggunaan jentera penuai padi dalam jumlah yang banyak mungkin diperlukan. Bahan bakar untuk jentera penuai padi perlu mengambil kira aspek alam sekitar. Penggunaan biodiesel misalnya boleh mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida dan monoksida ke udara. Bahan sampingan seperti jerami padi perlu diurus secara bijaksana, tradisi pembakaran jerami padi harus dihentikan bagi mengelakkan masalah pencemaran udara dan jerebu berlaku. Kes kemalangan jalan raya akibat jerebu pernah berlaku beberapa tahun lepas di Kedah. Ia berlaku disebabkan oleh pembakaran jerami padi secara tidak terkawal. Pelupusan jerami padi secara kompos yang telah dimulakan oleh beberapa agensi kerajaan dan swasta perlu diperluaskan. Pelupusan jerami padi secara pengkomposan dengan menggunakan cacing bagi menghasilkan baja organik yang bermutu tinggi sesuai untuk kegunaan pertanian. Malah insentif kepada petani yang mengusahakan kaedah ini secara serius perlu diberikan. Jerami padi dan hampas padi sebenarnya boleh juga digunakan sebagai bahan tambah dalam industri perabot dan fabrik.[Anda boleh membaca artikel ini dalam format pdf yang akan di emelkan kepada anda setelah pembayaran di buat dalam tempoh 1 jam dari masa pembayaran dibuat ]

1. Untuk bayaran menggunakan "kad kredit" sila pilih tajuk jurnal di ruang atas sekali.
2. Pembayaran secara online Bank In ke akaun CIMB Bank no : 12150055970521 , secara online melalui http://www.cimbclicks.com.my/ atau menggunakan kaedah transfer bank melalui mana - mana perkhidmatan perbankan secara online.





CP Merangsang Pertumbuhan Industri Mesra Alam
Kategori : Journal
Sejak berkembangnya aktiviti perindustrian di Malaysia, banyak kes pencemaran alam sekitar telah dikenalpasti berlaku. Bagi mengawal pencemaran alam sekitar dari aktiviti industri kerajaan telah mewartakan akta kualiti alam sekeliling 1974. Akta ini dikuatkuasakan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia dengan tujuan untuk melindungi dan meningkatkan kualiti alam sekitar bagi kesejahteraan hidup rakyat. Sejak akta ini mula dikuatkuasakan pelbagai pindaan dan tambahan telah dibuat untuk memperkemaskan perundangan alam sekitar di Malaysia, khususnya untuk mengawal aktiviti perindustrian agar tidak mencemarkan alam sekitar. Kewujudan akta ini telah banyak membantu dalam mengawal aktiviti industri agar tidak mencemari alam sekitar. Namun perundangan ini dilihat lebih tertumpu kepada kawalan terhadap sisa industri yang terhasil diakhir aliran proses industri (end-of pipe). Misalnya kawalan terhadap had pelepasan asap hitam dan effluen industri. Ini telah menyebabkan kebanyakan pihak industri lebih menumpukan terhadap rawatan dan pelupusan sisa industri yang dihasilkan. Pihak industri membelanjakan kos yang tinggi untuk pengawalan pencemaran. Sebagai contohnya pihak industri perlu membina loji rawatan effluen dan memasang alat kawalan pencemaran udara yang cekap. Ianya bertujuan untuk memastikan tahap pelepasan asap hitam dan kualiti effluen yang terhasil mematuhi had yang telah ditetapkan dalam perundangan. Kos pemasangan dan penyelenggaraan sistem kawalan industri yang tinggi sering kali menjadi rungutan pihak industri di negara ini. [Anda boleh membaca artikel ini dalam format pdf yang akan di emelkan kepada anda setelah pembayaran di buat dalam tempoh 1 jam dari masa pembayaran dibuat ]

1. Untuk bayaran menggunakan "kad kredit" sila pilih tajuk jurnal di ruang atas sekali.
2. Pembayaran secara online Bank In ke akaun CIMB Bank no : 12150055970521 , secara online melalui http://www.cimbclicks.com.my/ atau menggunakan kaedah transfer bank melalui mana - mana perkhidmatan perbankan secara online.



Lambakan Sisa Elektronik
Kategori : Journal
Setiap tahun dianggarkan sebanyak 50 juta tan bahan elektronik dibuang sebagai sisa pepejal di seluruh dunia. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan lima peratus daripada jumlah sisa perbandaran terdiri daripada buangan elektronik. Lambakan buangan elektronik ini sebenarnya boleh membawa implikasi yang besar terhadap manusia dan alam sekitar. Ia merupakan suatu cabaran kepada pengurusan sisa pepejal sama ada di peringkat lokal mahupun global. Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan China adalah antara pengeluar bahan buangan elektronik yang tertinggi di dunia. Pada tahun 2007, di AS sahaja terdapat lebih kurang 700 juta komputer usang yang sedia untuk dilupuskan sebagai bahan sisa pepejal. Sementara itu China dilaporkan mengeluarkan satu juta tan buangan elektronik setahun dan Kesatuan Eropah menjana lebih kurang 8.7 juta tan buangan elektronik setahun. Dalam konteks Malaysia, penggunaan peralatan elektronik turut bertambah seiring dengan pertambahan penduduk. Statistik menunjukkan sejak tahun 1999 hingga 2003 jumlah komputer yang digunakan telah meningkat sebanyak dua kali ganda iaitu daripada 1.8 juta kepada 4.18 juta. Sementara itu penggunaan telefon bimbit meningkat sebanyak empat kali ganda daripada 2.7 juta pada tahun 1999 kepada 11.12 juta pada tahun 2003. [Anda boleh membaca artikel ini dalam format pdf yang akan di emelkan kepada anda setelah pembayaran di buat dalam tempoh 1 jam dari masa pembayaran dibuat ]

1. Untuk bayaran menggunakan "kad kredit" sila pilih tajuk jurnal di ruang atas sekali.
2. Pembayaran secara online Bank In ke akaun CIMB Bank no : 12150055970521 , secara online melalui http://www.cimbclicks.com.my/ atau menggunakan kaedah transfer bank melalui mana - mana perkhidmatan perbankan secara online.



Membangunkan RET (Renewable Energy Technology) Atasi Kemelut Minyak
Kategori : Journal
KENAIKAN harga minyak sebagai bahan asas tenaga telah memberi impak yang besar kepada masyarakat dunia. Minyak merupakan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui. Rezab minyak yang ada di negara kita akan berkurangan dalam tempoh beberapa tahun mendatang, menjelang tahun 2014 Malaysia akan menjadi negara pengimport minyak sepenuhnya. Justeru, saranan Perdana Menteri untuk membangunkan teknologi tenaga boleh diperbaharui (Renewable Energy Technology - RET) semasa majlis penyampaian Anugerah Bandar Lestari 2006/2007 dan Anugerah Langkawi 2007, pada 5 Jun lalu wajar diambil kira kepentingannya bagi mengurangkan kebergantungan terhadap sumber minyak. Pada masa yang sama Hari Alam Sekitar Sedunia (HASS) tahun ini juga menganjurkan masyarakat untuk meninggalkan amalan pembebasan gas karbon dioksida yang boleh mencemarkan alam. Ini kerana, peningkatan aras karbon dioksida di dalam udara akan menyebabkan fenomena pemanasan global yang menghadirkan impak bencana luar jangka serta boleh membinasakan dunia. Sejajar dengan itu, pembangunan teknologi tenaga boleh diperbaharui yang bebas karbon amat perlu diusahakan.[Anda boleh membaca artikel ini dalam format pdf yang akan di emelkan kepada anda setelah pembayaran di buat dalam tempoh 1 jam dari masa pembayaran dibuat ]

1. Untuk bayaran menggunakan "kad kredit" sila pilih tajuk jurnal di ruang atas sekali.
2. Pembayaran secara online Bank In ke akaun CIMB Bank no : 12150055970521 , secara online melalui http://www.cimbclicks.com.my/ atau menggunakan kaedah transfer bank melalui mana - mana perkhidmatan perbankan secara online.



Pertubuhan Alam Sekitar Rakan Kongsi Dalam Pembangunan
Kategori : Journal
Baru – baru ini kerajaan telah memberikan Anugerah Merdeka kepada suatu pertubuhan alam sekitar yang telah menyumbang bakti kepada tanah air. Kejayaan ini merupakan suatu pengiktirafan besar negara kepada pertubuhan dan aktivis alam sekitar. Selain dari Anugerah Merdeka terdapat beberapa anugerah lain yang di berikan oleh kerajaan terhadap usaha – usaha konservasi alam sekitar di Malaysia seperti Anugerah Langkawi dan Anugerah Bandar Lestari. Ini jelas membuktikan keterbukaan kerajaan dalam menerima dan mengiktiraf pandangan serta cadangan daripada pertubuhan bukan kerajaan dalam proses membuat sesuatu keputusan. Anugerah yang diberikan oleh kerajaan ini adalah atas iltizam dan kesungguhan pertubuhan ini dalam memperjuangkan khazanah alam yang tidak ternilai harganya. Sumbangan para aktivis alam sekitar di negara ini tidak lagi mampu dipersoalkan ini kerana banyak sumbangan yang telah mereka berikan kepada negara. Bahkan ada di antara mereka terlibat secara aktif dalam gerakan kesedaran alam sekitar di persada antarabangsa. [Anda boleh membaca artikel ini dalam format pdf yang akan di emelkan kepada anda setelah pembayaran di buat dalam tempoh 1 jam dari masa pembayaran dibuat ]

1. Untuk bayaran menggunakan "kad kredit" sila pilih tajuk jurnal di ruang atas sekali.
2. Pembayaran secara online Bank In ke akaun CIMB Bank no : 12150055970521 , secara online melalui http://www.cimbclicks.com.my/ atau menggunakan kaedah transfer bank melalui mana - mana perkhidmatan perbankan secara online.




Bijak Urus Tanah Bandar
Kategori : Journal
Kejadian tanah runtuh baru – baru ini seharusnya membuka perspektif baru dikalangan pihak berkuasa, pemaju dan orang ramai betapa pentingnya pengurusan guna tanah secara lestari khususnya di kawasan bandar. Perlu difahami bahawa isu besar yang tersirat disebalik kejadian ini adalah tentang pengurusan guna tanah di kawasan bandar secara berkesan. Isu tanah runtuh merupakan sebahagian kecil dari rentetan isu yang berkaitan dengan pengurusan guna tanah dibandar. Antara isu lain yang seringkali timbul adalah penempatan kawasan perumahan berhampiran dengan kawasan perkilangan. Ia seringkali mengundang pencemaran yang memberi kesan kepada keselesaan hidup orang ramai. Guna tanah boleh difahami secara umum sebagai penggunaan tanah bagi menjalankan suatu fungsi sosial, fizikal dan ekonomi di sesuatu kawasan. Perancangan fizikal sesuatu bandar akan lebih berkesan andainya faktor keseimbangan alam diambil kira dalam pembangunan guna tanah. Kegagalan melihat faktor alam sekitar dalam pembangunan sudah pasti mengundang bencana besar dikemudian hari. [Anda boleh membaca artikel ini dalam format pdf yang akan di emelkan kepada anda setelah pembayaran di buat dalam tempoh 1 jam dari masa pembayaran dibuat ]

1. Untuk bayaran menggunakan "kad kredit" sila pilih tajuk jurnal di ruang atas sekali.
2. Pembayaran secara online Bank In ke akaun CIMB Bank no : 12150055970521 , secara online melalui http://www.cimbclicks.com.my/ atau menggunakan kaedah transfer bank melalui mana - mana perkhidmatan perbankan secara online.





Pendidikan Alam Sekitar Bukan Sekadar di Sekolah
Kategori : Journal

”Kurangnya kesedaran alam sekitar”, itulah jawapan yang sering kali dilafazkan setiap dari kita apabila ditanyakan mengenai penyebab utama pencemaran alam sekitar yang berlaku pada masa kini. Salah satu langkah untuk meningkatkan kesedaran ini adalah melalui pendidikan alam sekitar yang dijalankan secara berterusan diseluruh sekolah di Malaysia. Kesedaran masyarakat dunia mengenai pendidikan alam sekitar mulai berkembang semenjak persidangan manusia dan alam sekitar di Stockholm, Sweden pada tahun 1972. Dalam persidangan itu deklarasi berkaitan dengan pendidikan alam sekitar telah dibuat dengan menekankan bahawa ‘pendidikan alam sekitar mestilah dijadikan sebagai alat terpenting bagi menyelesaikan masalah alam sekitar global’. Pendidikan alam sekitar sebenarnya dapat didefinisikan sebagai pembelajaran untuk memahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungjawab ke arah kelestarian kehidupan di bumi. Pendidikan alam sekitar sebenarnya melibatkan pendidikan tentang alam sekitar, melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar. [Anda boleh membaca artikel ini dalam format pdf yang akan di emelkan kepada anda setelah pembayaran di buat dalam tempoh 1 jam dari masa pembayaran dibuat ]

1. Untuk bayaran menggunakan "kad kredit" sila pilih tajuk jurnal di ruang atas sekali.
2. Pembayaran secara online Bank In ke akaun CIMB Bank no : 12150055970521 , secara online melalui http://www.cimbclicks.com.my/ atau menggunakan kaedah transfer bank melalui mana - mana perkhidmatan perbankan secara online.


Cabaran Perkembangan Populasi Dunia
Kategori : Journal
Tarikh 11 Julai setiap tahun disambut sebagai Hari Populasi Sedunia. Sambutan ini mula diperkenalkan pada tahun 1989 oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu berkaitan dengan perkembangan populasi manusia. Sehingga kini jumlah populasi manusia ialah 6.7 bilion. Kadar peningkatan populasi manusia pada ketika ini ialah 1.2 peratus setahun. Iaitu pertambahan sebanyak 212,036 manusia setiap hari. Populasi manusia dijangkakan akan terus meningkat sehingga 20 peratus menjadikan jumlahnya 9.2 bilion menjelang tahun 2050. Statistik yang dikeluarkan oleh GeoHive menyatakan wilayah Afrika mempunyai kadar pertumbuhan populasi yang agak pantas berbanding dengan wilayah lain, ini diikuti wilayah Asia dan wilayah Amerika Latin. [Anda boleh membaca artikel ini dalam format pdf yang akan di emelkan kepada anda setelah pembayaran di buat dalam tempoh 1 jam dari masa pembayaran dibuat ]


1. Untuk bayaran menggunakan "kad kredit" sila pilih tajuk jurnal di ruang atas sekali.
2. Pembayaran secara online Bank In ke akaun CIMB Bank no : 12150055970521 , secara online melalui http://www.cimbclicks.com.my/ atau menggunakan kaedah transfer bank melalui mana - mana perkhidmatan perbankan secara online.



Kesedaran Krisis Global
Kategori : Artikel
Sepanjang tahun 2008, dunia telah dikejutkan dengan pelbagai krisis yang datang bertali arus. Negara kita turut sama menerima badai krisis globalisasi yang agak memeritkan. Apa yang diungkapkan sebagai 'dunia tanpa sempadan' sememangnya menyediakan cabaran hebat buat negara dan rakyat. Pelbagai krisis global yang melanda pada tahun 2008 seharusnya dijadikan iktibar dan pengajaran dalam meniti hari di tahun-tahun yang mendatang. Tahun 2008 boleh dianggap sebagai tahun penuh krisis sehingga memaksa manusia di serata dunia untuk peka terhadap persekitaran dan bersedia untuk beradaptasi dengan suasana yang tidak menentu. Sekurang-kurangnya terdapat empat krisis global yang melanda dunia pada tahun 2008. Iaitu krisis bencana alam, krisis makanan, krisis kenaikan harga minyak dan krisis ekonomi global. Krisis bencana alam besar pada tahun ini bermula dengan Taufan Nargis yang melanda Myanmar. Tragedi ini telah mengakibatkan 85,000 kematian dan 35,000 orang hilang di Myanmar. Bencana tersebut turut menjejaskan sektor pertanian khususnya tanaman padi yang merupakan nadi penggerak utama ekonomi Myanmar. [Anda boleh membaca artikel ini dalam format pdf yang akan di emelkan kepada anda setelah pembayaran di buat dalam tempoh 1 jam dari masa pembayaran dibuat ]

1. Untuk bayaran menggunakan "kad kredit" sila pilih tajuk jurnal di ruang atas sekali.
2. Pembayaran secara online Bank In ke akaun CIMB Bank no : 12150055970521 , secara online melalui http://www.cimbclicks.com.my/ atau menggunakan kaedah transfer bank melalui mana - mana perkhidmatan perbankan secara online.






Aktifkan Pelan Tindakan Kecemasan
Kategori : Artikel
Kejadian tanah runtuh, banjir kilat dan kebakaran merupakan rentetan peristiwa dan berita yang seringkali mengundang pelbagai kesan kepada masayarakat. Akibatnya mereka yang menghadapi musibah ini akan mengalami kerugian harta benda dan kehilangan orang yang di sayangi. Hanya ratapan hiba dan penyesalan yang tidak berkesudahan yang dapat diungkapkan selepas sesuatu bencana berlaku. Kejadian yang berlaku seringkali mengundang tanda tanya apakah mereka tidak berwaspada atau hanya mengambil mudah terhadap sesuatu risiko yang bakal berlaku. Seolah – olah tiada sebarang persiapan yang difikirkan sesuai dalam menghadapi sesuatu hal kecemasan dan bencana. Jesteru itu, masyarakat kita perlu di ajar mengenai kepentingan Pelan Tindakan Kecemasan dalam menghadapi sesuatu risiko kejadian. Terutama sekali kepada mereka yang tinggal di kawasan yang mempunyai risiko banjir, tanah runtuh dan kebakaran. Pelan tindakan kecemasan merupakan suatu pelan yang komprehensif menggariskan kaedah – kaedah bertindak yang perlu dilakukan semasa sesuatu kejadian kecemasan berlaku. [Anda boleh membaca artikel ini dalam format pdf yang akan di emelkan kepada anda setelah pembayaran di buat dalam tempoh 1 jam dari masa pembayaran dibuat ]

1. Untuk bayaran menggunakan "kad kredit" sila pilih tajuk jurnal di ruang atas sekali.
2. Pembayaran secara online Bank In ke akaun CIMB Bank no : 12150055970521 , secara online melalui http://www.cimbclicks.com.my/ atau menggunakan kaedah transfer bank melalui mana - mana perkhidmatan perbankan secara online.



Strategi Mesra Alam Bantu Kurangkan Impak Ekonomi Industri
Kategori : Journal
Pada ketika ini ramai dikalangan pengusaha industri di seluruh dunia sedang dihimpit dengan krisis ekonomi global yang agak memeritkan. Ini memberikan tekanan terhadap kos operasi yang melibatkan gaji pekerja, penggunaan tenaga serta kos berkaitan pengurusan alam sekitar didalam industri. Akibatnya ramai dikalangan pengusaha industri mengambil jalan pintas dengan memberhentikan pekerja serta menurunkan saiz pengeluaran. Ada juga dikalangan pengusaha industri memohon untuk mengurangkan kadar pelaporan pemantauan alam sekitar bagi premis mereka sebagai langkah untuk mengurangkan beban ekonomi yang ditanggung. Sesetengah pengusaha industri membelanjakan hampir 20 hingga 30 peratus daripada kos keseluruhan operasi kepada aspek pengurusan alam sekitar . Kos pengurusan alam sekitar yang terlibat dalam industri adalah berkaitan dengan rawatan dan pengendalian sisa bahan cemar. Sisa yang biasa di keluarkan oleh industri adalah asap hitam daripada cerobong, air sisa buangan industri dan juga bahan buangan terjadual. Kesemua bahan sisa cemar ini perlu diurus dan dirawat dengan baik agar ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada manusia dan alam sekitar. [Anda boleh membaca artikel ini dalam format pdf yang akan di emelkan kepada anda setelah pembayaran di buat dalam tempoh 1 jam dari masa pembayaran dibuat ]

1. Untuk bayaran menggunakan "kad kredit" sila pilih tajuk jurnal di ruang atas sekali.
2. Pembayaran secara online Bank In ke akaun CIMB Bank no : 12150055970521 , secara online melalui http://www.cimbclicks.com.my/ atau menggunakan kaedah transfer bank melalui mana - mana perkhidmatan perbankan secara online.




Cabaran Urus Alam Sekitar Guna ICT
Kategori : Artikel
MUNGKIN ada yang tertanya-tanya bagaimana teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dapat membantu meningkatkan kecekapan pengurusan alam sekitar di Malaysia. Sebenarnya penggunaan ICT dalam pengurusan alam sekitar telah lama digunakan di negara-negara maju. Ia ternyata berkesan dalam mendepani pelbagai masalah alam sekitar yang semakin bertambah. Pengurusan alam sekitar meliputi pengurusan sumber alam, perlindungan kawasan sensitif alam sekitar, pengawalan pencemaran dan pemantauan kualiti alam sekitar. Dunia hari ini amat memerlukan pengunaan teknologi yang lebih pantas dan mudah untuk meningkatkan sistem penyampaian kepada masyarakat. Pembangunan teknologi ICT dalam pengurusan alam sekitar memberi banyak manfaat kepada agensi kerajaan, institusi penyelidikan dan masyarakat yang prihatin terhadap alam sekitar. Secara umumnya penggunaan ICT dalam pengurusan alam sekitar di Malaysia semakin rancak dimajukan, namun ia masih ditahap permulaan. [Anda boleh membaca artikel ini dalam format pdf yang akan di emelkan kepada anda setelah pembayaran di buat dalam tempoh 1 jam dari masa pembayaran dibuat ]

1. Untuk bayaran menggunakan "kad kredit" sila pilih tajuk jurnal di ruang atas sekali.
2. Pembayaran secara online Bank In ke akaun CIMB Bank no : 12150055970521 , secara online melalui http://www.cimbclicks.com.my/ atau menggunakan kaedah transfer bank melalui mana - mana perkhidmatan perbankan secara online.




Semarak Semangat Sayangi Bumi
Kategori : Artikel
Tarikh 5 jun setiap tahun disambut sebagai Hari Alam Sekitar Sedunia. Ia telah diisytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu bermula pada tahun 1972 bersempena dengan Persidangan Stockholm mengenai ’Alam Sekitar dan Manusia’. Sambutan ini bertujuan merangsang kesedaran manusia sejagat untuk mengurus alam sekitar dengan penuh rasa tanggungjawab. Semua lapisan masyarakat samada diperingkat individu, masyarakat, institusi, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan mempunyai tanggungjawab yang besar dalam usaha menguruskan alam sekitar secara lestari. Jesteru itu, gagasan 1Malaysia yang dibawa oleh YAB Perdana Menteri baru – baru ini juga perlu diisi dengan penuh makna bagi menjadikan rakyat yang prihatin terhadap usaha pelestarian alam sekitar. Tema Hari Alam Sekitar Sedunia pada kali ini ialah “Dunia Memerlukan Anda Bersatu Bagi Memerangi Perubahan Iklim”. Tema ini mempunyai makna yang amat mendalam dan wajar difahami bagi setiap warga Malaysia. Sekurang-kurangnya terdapat dua mesej utama yang boleh diambil daripada tema ini. Pertama; ia mengajak manusia secara individu untuk melakukan perubahan terhadap amalan yang boleh mendorong terhadap perubahan iklim. Kedua; ia mengajak masyarakat sedunia ‘bersatu’ bagi memerangi perubahan iklim.[Anda boleh membaca artikel ini dalam format pdf yang akan di emelkan kepada anda setelah pembayaran di buat dalam tempoh 1 jam dari masa pembayaran dibuat ]

1. Untuk bayaran menggunakan "kad kredit" sila pilih tajuk jurnal di ruang atas sekali.
2. Pembayaran secara online Bank In ke akaun CIMB Bank no : 12150055970521 , secara online melalui http://www.cimbclicks.com.my/ atau menggunakan kaedah transfer bank melalui mana - mana perkhidmatan perbankan secara online.





Teknologi Lestari , Reka Cipta dan Inovasi
Kategori : Journal
Laporan Brutland pada tahun 1987 mendefinisikan pembangunan lestari sebagai “Pembangunan yang memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa mengabaikan atau menafikan keperluan generasi akan datang”. Dalam konteks sumber tenaga utama yang digunakan pada masa kini terdapat dua persoalan yang perlu diajukan kepada penggubal dasar, ahli ekonomi, jurutera dan saintis iaitu sejauh manakah sumber tenaga yang digunakan kini releven dengan prinsip pembangunan lestari ? Adakah sumber tenaga utama yang digunakan kini dapat menampung keperluan generasi akan datang? Menurut pandangan Dr. Jose Goldemberg iaitu Profesor di Universiti SaƵ Paulo, Brazil terdapat dua konsep penting yang diketengahkan dalam definisi pembangunan lestari. Iaitu yang pertama ialah konsep ‘keperluan’ yang secara khususnya merujuk kepada keperluan asas untuk kehidupan manusia pada masa kini dan akan datang. Kedua ialah konsep atau idea mengenai keterbatasan atau dalam bahasa inggeris dikenali sebagai ‘limitation’. Iaitu keterbatasan sesuatu sumber yang dipengaruhi oleh teknologi, dan organisasi sosial serta kemampuanya untuk memenuhi keperluan generasi kini dan akan datang. [Anda boleh membaca artikel ini dalam format pdf yang akan di emelkan kepada anda setelah pembayaran di buat dalam tempoh 1 jam dari masa pembayaran dibuat ]

1. Untuk bayaran menggunakan "kad kredit" sila pilih tajuk jurnal di ruang atas sekali.
2. Pembayaran secara online Bank In ke akaun CIMB Bank no : 12150055970521 , secara online melalui http://www.cimbclicks.com.my/ atau menggunakan kaedah transfer bank melalui mana - mana perkhidmatan perbankan secara online.




Kuari dan Impak Terhadap Alam Sekitar
Kategori : Journal
Negara kita amat bertuah kerana dilimpahi dengan timbunan sumber mineral yang amat bernilai untuk pembangunan negara. Mineral bukan logam seperti aggregat, granit, batu kapur, pasir dan tanah liat digunakan sebagai bahan binaan dalam aktiviti pembangunan. Salah satu kaedah yang digunakan untuk mendapatkan bahan – bahan ini adalah dengan cara pengkuarian. Perkembangan pesat dalam sektor pembinaan telah meningkatkan permintaan terhadap bahan binaan di seluruh negara. Ini sekaligus telah mendorong kepada pembukaan tapak – tapak kuari baharu untuk menampung permintaan yang semakin meningkat. Walaubagaimanapun di sebalik berkembangnya industri kuari di Malaysia terdapat implikasi buruk terhadap alam sekitar yang perlu diberi perhatian serius. Sejak negara mencapai kemerdekaan industri pengkuarian telah banyak menyumbang dalam membangunkan ekonomi negara. Melalui industri pengkuarian ia telah membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat dan mengembangkan sektor pembinaan negara. Projek pembinaan jalan raya, sekolah, institusi, hospital, kawasan pentadbiran kerajaan, dan projek perumahan adalah antara projek yang memerlukan bahan – bahan binaan yang banyak. Sehingga tahun 2004 Persatuan Kuari Malaysia melaporkan terdapat sebanyak 322 kuari diseluruh negara. Iaitu 60% daripadanya merupakan kuarian batu granit dan 29 % adalah kuari batu kapur. [Anda boleh membaca artikel ini dalam format pdf yang akan di emelkan kepada anda setelah pembayaran di buat dalam tempoh 1 jam dari masa pembayaran dibuat ]

1. Untuk bayaran menggunakan "kad kredit" sila pilih tajuk jurnal di ruang atas sekali.
2. Pembayaran secara online Bank In ke akaun CIMB Bank no : 12150055970521 , secara online melalui http://www.cimbclicks.com.my/ atau menggunakan kaedah transfer bank melalui mana - mana perkhidmatan perbankan secara online.


Pembangunan Industri Kalsium Karbonat dan Impak Terhadap Alam
Kategori : Journal
Kalsium karbonat merupakan salah satu bahan yang amat berguna kepada kehidupan manusia. Pembangunan industri berasaskan kalsium karbonat telah menjana keuntungan dan membuka peluang pekerjaan kepada jutaan masyarakat dunia. Walau bagaimanapun tidak ramai dari kita mengetahui kesan disebalik pembangunan industri kalsium karbonat kepada alam sekitar. Pembangunan industri ini sebenarnya berpotensi menjejaskan kualiti alam sekitar sekiranya ia dibangunkan tanpa perancangan dan kawalan. Kalsium karbonat mempunyai formula umum CaCO3 dan mempunyai jisim molekul relatif iaitu 100.087 g/mol. Kalsium karbonat kebiasaanya terdapat dalam dua bentuk iaitu kalsium karbonat tanah (ground calcium carbonate) dan kalsium karbonat termendak (precipitated calcium carbonate). Saiz kalsium karbonat termendak kebiasaanya lebih kecil berbanding dengan kalsium karbonat tanah. Kalsium karbonat termendak boleh mencapai saiz sehingga 0.1 mikrometer, manakala saiz bagi kalsium karbonat tanah adalah dalam lingkungan 2 milimeter hingga 1 mikrometer. [Anda boleh membaca artikel ini dalam format pdf yang akan di emelkan kepada anda setelah pembayaran di buat dalam tempoh 1 jam dari masa pembayaran dibuat ]

1. Untuk bayaran menggunakan "kad kredit" sila pilih tajuk jurnal di ruang atas sekali.
2. Pembayaran secara online Bank In ke akaun CIMB Bank no : 12150055970521 , secara online melalui http://www.cimbclicks.com.my/ atau menggunakan kaedah transfer bank melalui mana - mana perkhidmatan perbankan secara online.



Air Sisa Basuhan Jejas Kualiti Air
Kategori : Journal
Isu dan masalah berkaitan dengan pencemaran air sungai tidak mudah diselesaikan di negara kita. Malah ia bertambah kompleks dengan pertambahan aktiviti manusia yang berpotensi mencemarkan sungai. Kerajaan telah membelanjakan jutaan ringgit dalam usaha memulihara sungai – sungai di Malaysia. Namun sungai di negara kita terus dicemari oleh perbuatan manusia yang tidak memikirkan kesannya terhadap ekonomi, sosial, kesihatan dan alam sekitar. Langkah paling penting bagi mengatasi masalah pencemaran air adalah dengan mengkaji punca dan sumber pencemaran itu berlaku. Salah satu punca pencemaran air adalah disebabkan oleh pengaliran air sisa basuhan tanpa rawatan terus ke alur air dan sungai. Keadaan ini amat membimbangkan kerana kuantiti air sisa basuhan yang dihasilkan setiap hari adalah amat tinggi. Sejauh manakah kita telah berusaha untuk mengawal pencemaran dari air sisa basuhan ini di Malaysia? Inilah persoalan yang perlu dirungkai oleh setiap mereka yang mencintai keindahan alam sekitar di negara ini. [Anda boleh membaca artikel ini dalam format pdf yang akan di emelkan kepada anda setelah pembayaran di buat dalam tempoh 1 jam dari masa pembayaran dibuat ]

1. Untuk bayaran menggunakan "kad kredit" sila pilih tajuk jurnal di ruang atas sekali.
2. Pembayaran secara online Bank In ke akaun CIMB Bank no : 12150055970521 , secara online melalui http://www.cimbclicks.com.my/ atau menggunakan kaedah transfer bank melalui mana - mana perkhidmatan perbankan secara online.





Pengurusan Lestari Guna Tanah
Kategori : Journal
Perubahan guna tanah di seluruh dunia telah memberikan impak yang amat signifikan terhadap kehilangan biodiversiti, perubahan iklim dan pencemaran alam sekitar [1]. Kebimbangan masyarakat dunia mengenai implikasi pembangunan terhadap alam sekitar semakin ketara selepas bertambahnya populasi manusia dan meletusnya revolusi perindustrian. Ini kerana pertambahan jumlah penduduk turut mendorong kepada pertambahan permintaan kawasan baharu untuk pelbagai aktiviti lain seperti perumahan, komersil, pentadbiran, pertanian dan perladangan. Aktiviti – aktiviti ini turut memberi kesan yang amat siginfikan terhadap kualiti alam sekitar. Sekiranya perancangan guna tanah di kawasan kampung, desa, pekan dan bandar tidak diurus dengan rapi sudah tentu ia akan mengancam kelestarian alam sekitar. Dalam konteks Malaysia perubahan guna tanah berlaku secara dramatik bermula pada pertengahan tahun 1960an. Di Semenanjung Malaysia, guna tanah bagi sektor pertanian dan perbandaran menyaksikan perkembangan yang amat pesat. Di antara tahun 1966 hingga 1980an guna tanah untuk kawasan perbandaran meningkat dua kali ganda dari 74 000 hektar hingga 150 000 hektar [2]. Pembangunan kawasan bandar turut sama memberi implikasi terhadap kualiti alam sekitar negara. [Anda boleh membaca artikel ini dalam format pdf yang akan di emelkan kepada anda setelah pembayaran di buat dalam tempoh 1 jam dari masa pembayaran dibuat ]

1. Untuk bayaran menggunakan "kad kredit" sila pilih tajuk jurnal di ruang atas sekali.
2. Pembayaran secara online Bank In ke akaun CIMB Bank no : 12150055970521 , secara online melalui http://www.cimbclicks.com.my/ atau menggunakan kaedah transfer bank melalui mana - mana perkhidmatan perbankan secara online.

Senarai Artikel - Artikel Lain :-

Penambakan Laut dan Kesan Terhadap Alam Sekitar

Pengurusan Tenaga Mampu Kurangkan Pelepasan Gas Rumah Hijau

Minyak Pelincir Terpakai Berpotensi Cemari Alam Sekitar

Kesan Pencemaran dari Industri Tekstil dan Pakaian

Pengurusan Sisa Klinikal Satu Cabaran

Perubahan Iklim dan Impak Terhadap Jaminan Makanan Dunia

Tumpahan Minyak Ancam Ekosistem Laut

POPs : Pencemar Organik Berterusan

Risiko Pembangunan Di Kawasan Tanah Tinggi

Pencemaran Udara di Malaysia Satu Tinjauan

Keberkesanan Kajian Impak Alam Sekitar di Malaysia

Letupan Dari Aktiviti Industri dan Kesan Terhadap Alam Sekitar

Kitar Semula Buangan Elektronik

Inovasi Dalam Pengurusan Sisa Pepejal