Tasik rekreasi, takungan rawatan kumbahan dan lain-lain air bertakung termasuk juga sungai yang alirannya perlahan, tertakluk kepada pencemaran akibat dari pelbagai sumber sisa kotoran.
Sisa-sisa kotoran ini terdiri daripada pelbagai bentuk sama ada tenggelam, terapung dan separa terapung seperti sisa masakan, sisa industri, sampah-sarap yang dibawa arus air permukaan tanah masuk ke sungai dan tasik dan sebagainya.

Perairan-perairan ini perlu dibersihkan dari semasa ke semasa mengikut jadual atau tempoh berkala tertentu bergantung kepada kadar kemasukan sisa pencemaran.Ketika ini dan sebelumnya, air bertakung dan air sungai ini dibersihkan menggunakan kaedah konvensional iaitu secara menggunakan kren pengorek berantai yang mempunyai struktur lengan yang panjang.
Sisa kotoran yang dikorek oleh kren ini yang biasanya berbentuk lumpur atau cairan pekat enap cemar biasanya dibuang ke tempat yang telah ditetapkan seperti di pusat pelupusan sampah atau pun dimasukkan ke loji penyahan sisa enap cemar kumbahan yang diselenggarakan oleh Indah Water Konsortium (IWK) Prosedur ini agak menyukarkan kerana melibatkan proses pengangkutan dan permohonan permit pembuangan sampah serta caj pengusaha pusat pelupusan yang tinggi.
Oleh itu penyelidikan ini bertujuan untuk mencari kaedah moden yang bebas dari kesulitan di atas yang boleh dilakukan secara setempat pada bila-bila masa dan dengan cara yang mudah. Satu kumpulan penyelidik dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTMM) yang diketuai oleh Ir. Abdul Talib Din, yang juga Timbalan Dekan Penyelidikan dan Pengajian Siswazah di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal universiti terbabit, telah menemui satu teknologi pemecah kebuntuan dalam menyenggara pencemaran air tasik dan sungai.
Kaedah ini menggabungkan teknologi baru ciptaan sendiri dan juga teknologi termaju yang telah wujud dipasaran untuk menghasilkan satu kapal atau bot perawat tasik atau sungai yang bersepadu. Katanya, kapal atau bot ini yang diberi nama EFC-TL20 bukan sahaja berfungsi sebagai satu daya penarik pelancong untuk bersiar-siar sambil menikmati panorama perairan tasik dan sungai di Malaysia tapi juga menjadi loji pencuci sungai dan tasik secara tanpa disedari oleh pelancong yang menjadi penumpang bot ini.
Sifat-sifat bot ini yang mesra alam telah menjadikan kapal ini dikenali sebagai bot pelancong mesra alam.
Terdapat ratusan ribu takungan air, tasik dan sungai yang perlu diuruskan dan dirawat setiap beberapa tahun untuk mengembalikan keadaannya kepada asal. Kebanyakan tasik biasanya lebih mudah tercemar kerana airnya tidak sederas arus air sungai. Oleh itu, tasik lebih mudah mengalami pencemaran berbentuk mendapan tercemar di dasar tasik. Mendapan ini akan menjalani proses oksidasi yang menghasilkan bauan yang kurang enak yang dilepaskan keluar ke permukaan air tasik.
Sebagai contoh mudah, takungan sisa kumbahan IWK memerlukan masa sembilan atau 10 tahun sebelum ia perlu disenggarakan secara konvensional. Keperluan yang segera dan mendesak untuk merawat air bertakung dan sungai di Malaysia mendorong Ir. Abdul Talib terpanggil menjalankan penyelidikan untuk mereka bentuk satu peralatan bersepadu yang automatik sepenuhnya yang dapat merawat air bertakung dan air sungai secara selamat dan berkesan kos.
Perairan bertakung dan sungai yang tercemar ini sekiranya tidak dirawat akan menyebabkan satu pembentukan kualiti perairan tidak lagi boleh balik kepada keadaan asal kecuali dengan cara yang memerlukan kos yang amat tinggi.
Antara masalah atau isu yang dihadapi dalam mereka bentuk sistem perawatan air tasik dan sungai ini antaranya ialah:-
-Keperluan untuk mencuci dasar yang tidak seragam, sama rata dan berlekuk-lekuk.-Keperluan untuk mencuci tasik atau sungai yang bentuk tepiannya tidak seragam seperti empat segi, bulat dan sebagainya.-Sisa pepejal yang tidak seragam dari segi saiznya selalunya tersangkut di jaringan penapis menyebabkan tersumbat dan adakalanya juga sehingga pam penyedut enap cemar tersumbat dan trip.-Keperluan untuk mengawal bot atau kapal dari jauh agar proses penyenggaraan tasik dan sungai dapat dilakukan secara kawalan jauh.-Pemilihan teknologi proses-proses sedia-ada yang sesuai untuk merawat pelbagai jenis rawatan sisa pencemaran dalam sungai yang tidak konsisten serta keperluan mereka bentuk proses baru untuk disesuaikan dengan keadaan dan jenis sisa pencemaran dalam mengurangkan permintaan oksigen biologi (BOD), pepejal terampai, (SS),
Ketelusan cahaya (turbidity)
Permasalahan tersebut telah dikaji selaras dengan keperluan peraturan Jabatan Alam Sekitar (JAS), agar hasil kualiti rawatan peralatan dapat memenuhi kehendak perundangan dan seterusnya memuaskan hati pelanggan.

Beberapa sumber atau parameter pencemaran air yang boleh menjejaskan kehidupan flora dan fauna sekiranya melebihi tahap tertentu:-
-Sampah sarap terapungnPepejal terampai (Suspended solids)nOrganik boleh terurai (Biodegradable organic)-
-Sampah sarap terapungnPepejal terampai (Suspended solids)nOrganik boleh terurai (Biodegradable organic)-
Pepejal terlarut (Dissolved solids)-Bahan bukan organik terlarut (Dissolved inorganic)
Sampah sarap terapung adalah salah satu sumber pencemaran utama yang juga selalunya menjadi penyebab utama berlakunya pembusukan perairan sungai dan tasik kerana ia menutupi ruang permukaan air.
Ini mengurangkan kawasan penyerapan oksigen ke dalam jasad air yang boleh bertindak mengurangkan bau busuk. Sampah sarap juga menyebabkan pemandangan menjadi kotor dan kadang kala sehingga ke tahap yang sungguh menjijikkan.Sampah sarap terapung juga boleh membantu mempercepatkan banjir kilat kerana ia boleh menyekat laluan air sekiranya melalui longkang atau saluran perparitan yang sempit.

Pepejal terampai juga merupakan sumber pencemaran utama yang biasanya dalam bentuk serbuk atau butiran terampai dalam air iaitu tidak tenggelam dan juga tidak terapung di permukaan.
Ia biasanya wujud dalam aliran air yang mengandungi air lumpur hasil kerja-kerja pembinaan dan perladangan yang memerlukan penebangan dan pembersihan pokok dan tumbuhan penutup permukaan tanah. Pepejal terampai biasanya bersaiz halus antara 20 mikron sehingga 1 mm tertakluk kepada tahap pencemaran yang berlaku.

Unsur organik boleh terurai juga memainkan peranan dalam menyebabkan bau busuk yang dihasilkan dari air sekiranya kadar kemasukannya berlebihan. Pepejal terlarut amat sukar dirawat secara proses penapisan kerana ianya tidak dalam bentuk pepjal tapi dalam bentuk garam yang larut. Oleh itu proses ini perlu dirawat secara rawatan kimia.
Dalam rawatan kapal atau bot pencuci (EFRC-TL20) sungai atau dan tasik ini, pepejal terlarut hanya dirawat menggunakan peralatan pengudaraan yang boleh menghasilkan pemindahan oksigen yang tinggi ke dalam jasad air.Oksigen ini akan dapat membantu bakteria mempercepatkan pengoksidaan dan seterusnya memendapkan unsur pencemaran ini di dasar air sama ada secara pembentukan garam termendap atau menjadi sebahagian dari jasad bakteria yang mati dan mendap ke dasar air.
Kelebihan-kelebihan yang terdapat dalam EFRC-TL20
-Berciri mesra alam sepenuhnya kerana menggunakan kuasa solar dan enjin hidrogen yang tidak menggunakan bahan api.
-Berciri mesra alam sepenuhnya kerana menggunakan kuasa solar dan enjin hidrogen yang tidak menggunakan bahan api.
-Boleh meracik dan memotong sampah terapung yang lembut kepada saiz yang boleh disedut dan diproses dalam kebuk rawatan.
-Mempunyai system deria pengesan aras dasar sungai atau tasik agar pencucian secara penyedutan pam boleh dibuat secara kemas dan rapi.
-Mempunyai jaringan rak besi tahan karat yang memisahkan antara sampah sarap terapung yang besar dan yang bersaiz boleh disedut dan diproses.-Mempunyai sistem penghantaran sisa terproses yang cekap dan boleh harap dengan penggunaan pengalih skru.-Memiliki satu gabungan proses penapisan yang cekap, dan mampu menanggung beban mendadak yang besar.-Memiliki pengesan halangan di segenap bahagian badan yang boleh mengelakkan perlanggaran dan perlanggaran antara pam dan dasar yang berbonggol.-Memiliki satu sistem pengawalan yang canggih menggunakan kawalan jauh sistem penetu kedudukan global (GPS) serta boleh membuat kawalan dan merekod data sehingga 36 parameter seperti tahap pencemaran air, BOD, COD, SS, Ketelusan air (turbidity), nilai oksigen terlarut, jarak pam dengan dasar, jarak bot dengan halangan terdekat.
Kebolehan istimewa yang terdapat pada bot mesra alam pencuci sungai dan tasik
-Robot penyelidik habitat bawah permukaan air-Penangkapan ikan secara besaran melalui sistem pukat pengepaman air-Kilang baja organik hasil sisa enap cemar bawah air-Robot pembantu pengurusan kolam ternakan ikan atau udang-Kapal penyedut enap cemar kumbahan di takungan kumbahan penyedut enapan di empangan sungai simpanan air minum atau empangan janakuasa eletrik-Mesin penyedut pasir bawah air untuk tujuan komersial
No comments:
Post a Comment