Monday, December 28, 2009

Kesan Tumpahan Minyak




Tumpahan minyak memberi kesan buruk kepada kelestarian ekosistem laut dan ekonomi sesebuah negara. Kesan segera yang dikenalpasti ialah pencemaran toksik terhadap hidupan laut seperti ikan. Sisa minyak menjadi racun kepada hidupan marin yang sensitif kepada persekitaran dan substrat organik pantai. Selanjutnya ia akan menggangu rantaian makanan dimana ikan dan hidupan laut amat bergantung kepadanya. Hidupan liar selain dari ikan seperti mamalia, reptilia, amfibia dan burung yang hidup berhampiran dengan laut akan juga mengalami keracunan disebabkan oleh tumpahan minyak. Bahaya yang akan dihadapi oleh hidupan liar ini termasuklah kesan toksik disebabkan oleh pendedahan atau sentuhan. Ini boleh memberi kesan seperti kerosakan sistem pembiakan mereka.


Kesan jangka panjang ekologi akan memberikan kerosakan kepada substrat organik dan selanjutnya menggangu sistem rantaian makanan. Ini akan menyebabkan populasi hidupan laut akan berkurangan dan selanjutnya akan mengalami kepupusan. Minyak yang membentuk lapisan dipermukaan air laut akan menghalang, cahaya dan gas oksigen untuk memasuki laut. Ini sudah tentu menjejaskan penghasilan plankton sebagai sumber makanan utama hidupan laut. Sesetengah hidupan laut tidak mampu hidup dalam keadaan oksigen yang rendah. Keadaan ini menyebabkan ikan tidak mampu hidup dengan baik. Haiwan yang termakan sisa minyak akan mengalami keracunan dan menyebabkan kematian.

No comments:

Post a Comment