By : Abdul Rahman Mahmud
Tujuan artikel ini adalah untuk memberikan suatu ulasan dan pandangan terhadap kewujudan kajian – kajian bertulis berkenaan dengan penilaian dan penaksiran pencemaran udara sejak awal dan sehingga kini. Kaedah – kaedah yang dikenalpasti terdiri daripada; model – model matematik, pemodelan simulasi, dan perisian simulasi. Teknologi asa bagi menganggarkan impak pencemaran udara ialah melalui penggunaan pelbagai model – model matematik. Walaupun model matematik mempunyai banyak kelebihan – kelebihan ianya tidak mudah dan sukar bagi pengguna – pengguna yang tidak berpengalaman bagi melaksanakan pengiraan dengan menggunakan model – model yang amat kompleks ini.
Umumnya, untuk mengirakan impak daripada pencemaran udara menggunakan model – model yang kompleks, kaedah yang terbaik adalah dengan mengsimulasikan model- model matematik melalui teknik komputer. Selanjutnya penyatuan dengan Sistem Maklumat Geografi dan model – model simulasi, digabungkan dengan pengkalan data dengan suatu sistem pintar serta mampu diwujudkan dalam sistem grafik antaramuka (GUI) bagi membentuk sebuah perisian yang berkesan dan dapat memahami sistem –sitem risiko maklumat.
Kata kunci : Pencemaran udara; Pemodelan matematik, perisian simulasi
1.0 PENGENALAN
Pencemaran udara ditakrifkan sebagai kehadiran bendasing yang tidak diingini di dalam udara, pada kuantiti yang besar cukup untuk memberikan kesan bahaya kepada manusia (Nevers, 2000). Pertubuhan kesihatan sedunia (WHO) menggangarkan sebanyak 500,000 manusia mati setiap tahun disebabkan terdedah kepada kepekatan udara ambien yang mengandungi zarahan terampai yang tersebar diudara. Pencemaran udara bukanlah suatu perkara baru, namun kini ia muncul semula seperti di abad pertengahan apabila penggunaan arang batu di London mula meningkat.
Masalah kualiti udara yang buruk telah direkodkan seawal penghujung abad ke 16. seratus tahun selepas itu, pada tahun 1952, perubahan suhu lima hari dicatatkan di London dimana kabus mendap terperap didalam udara disebabkan oleh pembakaran arang batu. Lebih dari 4000 orang mati sehingga di kenali sebagai peristiwa “black fog” (kabus hitam). Tragedi yang sama berlaku dimana 1000 orang yang menetap pada tahun 1956 dan 700 hanya yang tinggal pada tahun 1962 (Boubel et al, 1994).
Walaubagaimanapun, semasa tahun 1980an bilangan kenderaan bermotor dikawasan bandar terus meningkat dan masalah kualiti udara turut disumbangkan olehnya. Pada awal tahun tumpuan utama lebih kepada kesan pencemaran plumbum kepada kesihatan manusia, tetapi pada akhir tahun 1980an dan awal 1990an, kesan terhadap bahan cemar yang dihasilkan oleh kenderaan bermotor diberikan tumpuan besar. Sehingga september 1997 dan November 1997 di Indonesia, terdapat lebih kurang 527 kematian disebabkan oleh jerebu, 298,125 kes asma, 58,0895 kes bronkitis dan 1,446,120 kes disebabkan oleh jangkitan pernafasan akut (Amagai et al., 2002).
Bencana yang paling buruk disebabkan oleh pencemaran udara adalah berkaitan dengan pembebasan gas hidrogen sulfida di Poza Rica, Mexico pada tahun 1950 (Mc Cabe and Clayton, 1952) dan contoh lain adalah pelepasan gas toksik di Bhopal, India. Jadual 1. menyenaraikan bencana pencemaran udara dari tahun 1930 dan 1991 (Bosanquet, and Pearson, 1936; Amagai et al .,2002).
Pencemaran udara seluruh dunia membawa kesan kepada jumlah kematian yang besar dan kes – kes penyakit pernafasan. Sementara itu sumber – sumber utama pencemaran telah dikenalpasti, sumber utama pencemaran udara pelepasan asap daripada kenderaan bermotor. Gas – gas seperti karbon dioksida, boleh menyumbang terhadap pemanasan global.

Saya tertarik dengan tulisan tuan diatas , saya ada beberapa cadangan untuk sistem diatas diadaptasikan bukan sekadar pada teknologi alam sekitar tetapi diperluaskan skopnya seperti pemodelan terhadap isu-isu tanahair sejauh mana impaknya pada masyarakat sekitar katalah ada satu isu soal bahasa,politik,ekonomi boleh kah kita membuatnya secara pemodelan seperti yang saudara bincangkan diatas. Tesis sarjanamuda saya adalah berkaitan dengan Risk Assesment dan saya banyak menggunakan perisian pemodelan seperti yang tuan nyatakan diatas.
ReplyDelete