Sunday, April 5, 2009

Kesan Partikel Nano Terhadap Kesihatan I



Antara karya penyelidikan yang banyak membicarakan mengenai impak kesihatan daripada partikel – partikel nano adalah laporan mengenai “Kesan – Kesan Partikel Nano” (The Effects of Nanoparticles) yang telah dikeluarkan oleh Institut de recherche Robert-Sauvé en santé et en sécurité du travail (IRSST) organisasi penyelidikan saintifik berpusat di Montreal , Kanada.

Partikel nano dan teknologi nano merupakan bidang yang paling pantas berkembang dalam komuniti penyelidikan. Penyelidikan telah membawa nafas baharu kepada penggunaan bahan – bahan partikel nano di dalam pasaran global. Tujuan kajian bertulis ini adalah bagi menentukan partikel – partikel nano yang menghadirkan risiko kesihatan pada manusia. Bagi sesetengah partikel nano, data toksikologi adalah sangat kurang, oleh itu kajian ini hanya akan memuatkan skop yang agak terhad di sebabkan oleh bahan maklumat yang tidak mencukupi.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kajian mengenai sifat toksikologi partikel – partikel nano. Namun kajian aspek toksikologi masih pada peringkat permulaan, banyak kesan mudarat telah dicatatkan, khususnya kepada haiwan. Sifat partikel nano yang tidak larut dan kadar kelarutan rendah menjadi kebimbangan utama.Beberapa kajian juga menunjukan sebahagian daripada pertikel nano boleh melalui sebarang sempadan perlindungan dalam tubuh organisma.

Partikel nano yang disedut boleh termendap didalam salur darah selepas menembusi kesemua mekanisma perlindungan pernafasan. Ia kemudian boleh diagihkan ke dalam pelbagai organ – organ dan berkumpul di tapak yang khusus di dalam badan.

Ia dipercayai boleh bergerak sepanjang saraf penghiduan dan menembusi secara langsung ke saraf otak. Sifat ini, dikaji secara meluas dalam bidang farmakologi, ini juga membantu partikel – partikel nano organik digunakan sebagai vektor bagi membawa ubatan kepada sasaran didalam fungsi badan. Ciri khas lain bagi partikel nano ialah sifat ketoksikanya yang sangat berkaitrapat dengan luas permukaanya. Ia merupakan perbezaan utama berbanding dengan unsur utamanya pada saiz yang besar, di mana ia amat bergatung kepada jisimnya.

Partikel nano mempunyai saiz yang teramat kecil (dihuraikan dalam bentuk jisim), tetapi mempunyai impak toksik yang besar, ini disebabkan oleh luas permukaan yang banyak. Beberapa kajian menunjukan kesan toksik yang lebih tinggi bagi bahan yang sama dalam bentuk partikel nano dibandingkan dengan dalam bentuk saiz yang besar.

Kajian sedia ada menunjukan beberapa kesan terhadap haiwan, bergantung kepada jenis partikel nano. Kesan – kesan Nephrotoxicity, dalam reproduksi dan kesan genotoksik telah dikenalpasti. Sesetengah partikel menyebabkan tindakbalas granulomas, fibrosis dan tumor didalam pada paru – paru. Kesan daripada bahan – bahan seperti Titanium dioksida, bahan yang diiktiraf sebagai tidak bertoksik, menunjukan sifat toksik yang tinggi di dalam saluran pernafasan pada skala nano.

Kesan sito-toksik juga selalu dilaporkan. Umumnya, data toksikologi khusus bagi sesuatu partikel nano tidak mencukupi disebabkan oleh kajian yang amat sedikit dilakukan, pendedahan dalam tempoh singkat, perbezaan komposisi partikel nano (diameter, panjang dan pengumpalanya),dan laluan biasa untuk penyebaran di persekitaran antara beberapa faktor yang dikaji. Kajian tambahan (penyerapan, pemindahan dan pengangkutan lokasi ke dalam tisu organ, sifat biokekal dan karsinogen) diperlukan bagi menilai risiko yang terhasil melalui pendedahan semasa pernafasam dan pendedahanya kepada pekerja. – akan di sambung -

No comments:

Post a Comment